10 August 2009

berbaloi, percayalah...

oh tidak!!!


sebelum.



MOC 09. ish. nak pegi ni nanti, sure byk benda baru. cara2 solat dlm flight. cara2 berwudhuk dgn memakai khuf. nak tentukan arah kiblat. bla bla bla


ha, korang nanti tak payahla beli rice cooker, kalau malas. sbb kitorang dah beli masa dtg dulu, n then bila dah duduk serumah, bukan pakai sume. so buleh la kalo nak pinjam ke...


nanti dah amik gamba utk passport, mintak yg digital punya tau. nanti buleh upload utk gamba utk student card kat Warwick nanti..


nanti tak payah bawak brg byk sgt! bawang2 beras sayur sume ada kat sana. baju2 tshirt pun. jaket sejuk ape lagi. nanti sampai sana, kitorang jemput, kita shopping dulu. beli la kuali, blender, bla bla bla..


nanti nak buat visa, mmg menuji kesabaran. aku tahun lepas dahla time puasa. fuh. yg lagi malang, kena reject. buat balik semua dari a sampai z.


buat visa tu mmg paling leceh sekali. ko kene baca n ikut je sume dlm tu. byk giler. dulu kawan aku kene delay tiket flight sbb visa la. sampai 2x kena reject visa.


korang kat UK nanti la masa terbaik nak travel. jgn duduk dlm bilik je terperam.


karang beli pen dari Malaysia tau, banyak2 pun takpe. kat UK pen murah, jenama ntah paper je.


Laptop beli kat Malaysia. kat UK tak canggih la. kat Malaysia ada core 2 duo la, ape la...


nanti korang sampai sana, boleh la pilih nak contract or pay as you go, utk telefon. contract ni mcm bil, pay as you go ni mcm prepaid la. nanti die tanya nak insurance tak, cakap je tak nak. kalo tak kena bayar itu la, ini la. jgn layan die kata nanti handphone hilang kena bayar balik la, apa la. jaga je la handphone tu elok2


masa nak buat passport nanti, bawak surat conditional offer from uni tu. nanti dapat diskaun 50%.


make sure nanti u download from website ni tau, nanti dapat student card, boleh bawak extra 10kg dlm flight nanti.


kat KLIA, bekumpul kat sini pukul 6 pm ye, ha mcm dlm gambar ni, bg sape yg belum penah sampai KLIA lagi la. bukak puasa kat sini. mlm tu gerak la.


nanti korang sume fly pakai suit ye. kita pakai suit cantik2.


kata wakil syarikat pengurusan penerbangan semasa briefing pre departure pulak.


ala, ko kan gempak. mesti straight As punyalah.



eh, ko fly bile Man?aku 25th la...oh meh aku tengok kau punya dokumen. oh, 27th la!seminggu after raya la!


ini lagi best.


wei, aku nak jumpa kau ni, nak bagi simkad UK. nanti bln 12 jom la gi scotland main ski!



semasa.



dup dap dup dap. jantung tak behenti bedegup masa menghidupkan komputer seawal jam 8.20 pagi, 10th Aug 2009.


alamak, sakit perut pulak. takpela, biar komputer loading dulula. pegi toilet.


Welcome, Iman!


kata2 penyambut terpapar di skrin boleh sentuh laptop hp saya sebaik ia habis memuatkan windows vista.


nak tekan itu pun terketar2 tangan.


klik mozilla firefox.


loading.


search:https://myresult.cie.org.uk


nama dan password sudah terpapar. terus klik pada login.


ah. kenapa tak mau ni. klik lagi sekali. tangan nervous sgt kot.


dan......


Accounting : A

Economics : B

Mathematics : A


alamak! saya tepuk dahi. Econs B!


mulalah terbayang masa saya jawab paper Econs dulu. paper 4, dgn salah no soalannya. soalan no 6, saya letak 5 besar2 di permulaan essay. hampeh. keluar2 Great Hall, sedikit sesal kerana byk point yg tak sempat dimasukkan. paper 3. paling hampeh. dgn tekanan jiwa kerana ianya paper last (org lain yg tak amik Econs dah merdeka dah seminggu awal dah), dan jugak sbb baru habis paper Accounting 4 yg menyakitkan jiwa menjawabnya, Econs paper 3 memang merunsingkan. even MCQ je pun. sudahlah masa mmg tak cukup. nak concentrate Accounting paper 4 lebih, sebab paper 4 kan.


tgh menjawab pun still teringat paper Accounting td. rasa sedikit nak nangis pun ada. arrghh!!


tamat Econs, tamat segala2nya. teringat kata2 Mr Hanson sebelum kami keluar.


on your mart,


get set.


org dah tegelak2.


go!


fuh!!!!! org sume bersorak keriangan. tamatnya sebuah peperiksaan yg menyeksa jiwa dan raga. nasib baik takde yg mcm ayam dilepas dari reban. semuanya bertamadun. takde la yg baling2 kerusi, koyak baju, hempas meja, patahkan pensel 2B, atau yg lain2nya.


saya?


keluar dgn termangu2. macam mana ni? jalan dgn penuh tak bermaya. sudahla gaya jalan saya mmg macam tak bermaya org kata, seret kasut@selipar tu sepanjang jalan.


org gumbira lepas habis exam. saya tak.


org bising2 lepas exam. saya diam.


org senyum lepas exam. saya garu kepala.


org dok begamba kali terakhir depan exam hall, saya dok mengeluh lagi.


org potpet sana potpet sini meraikan tamatnya exam, saya tarik nafas panjang2.


ah. kisah lama.


nah kau resultnya!


walaubagaimanapun, syukur teramat2, takut jugak tiba2 ada C kat situ. mampus kau jgn harap nak appeal kat Petronas. at least lepas firm, tanpa perlu appeal2 bagai. buat pening kepala lagi ada la. masa dahla terhad.


kalau dapat AAA n above, kolej mungkin akan publishkan kat newspaper! haha. takpela. asal fly sudah. lega dan syukur teramat2.


alhamdulillah syukur nikmat.
kepada tuhan yg memberi rahmat.
uuu...uuu...uuu...uuu...uuu...
selamatkan daku, selamat negeriku.
semoga berpanjangan nikmat darimu.


ok. cukup. nanti boleh nyanyi lagi.


excited di pagi saya mengecheck result. mula la chatting bagai. ym, facebook. tanya sana sini.


hinggakan chat message saya di facebook di blok kerana dah mencapai limitnya. apekah?


ada limit ke nak chat kat facebook ni?


sudah. kena blok. hantar message pada kawan pula, suruh add di ym. sambung chat.


bla bla bla bla bla bla.


dari pagi ke tghri, habis masa utk chatting je. tanya khabar kawan2 yg lain bagai.


tak lupa juga cikgu2 tersayang. huhu.


selepas.


kalau sebelum saya hanya dgr je, nasihat2 yg diberikan, utk fly kena buat itu ini, bla bla bla.


nah kau.


sekarang, nak tak nak kena buat jugak! no more excuse!


dari seleceh2 visa, sampai la ke beli pen buatan Malaysia.


wah!!



.

2 comments:

Neard said...

Memang berbaloi!!!

Farhan Baku said...

haha, trimas ye Iman. byk info yg berguna utk pakai time apply nanti. :)