29 December 2008

rabun oh rabun

Semua org tahu rabun tu apa. Dah belajar pun masa di sekolah. Kalau tak silap dalam matapelajaran Sains (bukan science ya) syllabus tingkatan 2. Ada 2, rabun jauh dan rabun dekat. Saya dah tak berapa ingat sangatlah pasal punca kedua2 rabun tersebut. Apalagi nak mengenalpasti struktur dalaman mata itu seperti retina, kornea, ligamen penggantung, kanta mata, dsb.

Saya berkaca mata. Bermakna, saya rabun.

Ada juga org yg tanya,

kau rabun dekat ke, rabun jauh?

Dgn kecetekan ilmu sains tingkatan 2, saya pun menjawab,

rabun dekat tu org tua jelah. Andaian sendiri.


Saya mula rabun sejak dr darjah 4. Pernah semasa suatu kelas Matematik, saya yg duduk di belakang tak nampak soalan di papan hijau. Cikgu itu, Cikgu Salina namanya, kata,

Ala. Kesiannya… buatlah cermin mata.

Kata org, kalau banyak membaca dlm gelap, atau terlalu kerap menghadap komputer merupakan punca utama seseorang mengalami rabun jauh. Tapi, masa saya di tahun 4, di rumah belum pun ada komputer.

Sejak tu power mata saya terus meningkat dan terus meningkat. Sekarang pun dah meningkat, patut sudah ditukar kantanya. Sekarang, saya kena buang rasa malu, duduk di barisan hadapan apabila ada apa2 pun, kelas terutamanya.


Ada org memakai cermin mata utk tujuan bergaya. Macam Arnold Schwarzennegger dlm filem Terminator (1,2,3 & 4 – bakal dikeluarkan). Ya. Kadang2, saya yg mmg kena pakai cermin mata ni pun rasa mcm tu. Ianya mcm aksesori. Apalagi, cermin mata saya ni jenis yg tebal. Kalau di sekolah saya dulu, masa saya balik ke sekolah dgn bingkai cermin mata baru, yg hitam tebal, mereka katakan

old school,

skinhead (kebetulan saya kerap kali membotakkan kepala ketika itu),

otai. Saya pekakkan telinga dan senyum je.

Kat kolej pula, saya bela rambut belakang hingga panjang. Ada pula org kata

mat rempit.

Samseng pun ada.

Entah. Ditambah pulak dgn perangai saya yg jarang bercakap dgn banyak. Ahh… entahlah. Biarkan. Saya senyum je bila org ckp camtu. Tak hairan pun.



Pernah terbaca post dlm blog kepunyaan Haq, yg beliau menyuarakan kerimasannya memakai cermin mata. Haha. Saya tertawa sedikit semasa membaca post itu.

Saya akuinya. Kejap2 nak betulkan. Nanti kalau senget, kan dah nampak tak lawa. Kena baiki, tukar. Nak solat, kena tanggal. Nanti sujud ada pula anggota2 sujud yg tak terkena tempat sujud.

Bagi yg berkaca mata tanpa bingkai, lagi susah. Kadang, terlanggar apa2 benda, even kawan sekalipun tanpa sengaja, kalau terkena cermin mata tu, dah susah. Kena buat baru kalau cerminnya retak. Tak pasal2 kawan tu kena keluarkan duit atas alasan, dia yg langgar.

Masa mula2 pakai, malu juga. Dtg sekolah hari pertama berkaca mata, tahun 5 waktu tu. Ada Pendidikan Jasmani pagi tu. Saya dtg, semua org pandang. Diam. Yg laki buat biasa saja. Yg perempuan mula berbisik2 sesama sendiri. Saya buat dunno.


Paling tak tahan, jika alat bantu melihat saya itu ditanggalkan kerana mahu mandi atau mengambil wudhu’. Selalunya masa nak mandi lah. Setakat ni belum pernah lagi saya jumpa org mandi dgn memakai cermin mata. Kecuali cermin mata berenang (google). Di rumah atau di kolej, sama saja. Sebelum mandi, saya tanggalkannya.

Selepas mandi, mata pun mulalah melilau mencari cermin mata tadi. Sudahlah power rabun saya kuat. Terkulat2lah saya mencari. Kadang2 sampai saya mengeluh, mencari cermin mata yg tak ketemu. Pernah di rumah, saya mengambil masa begitu lama (paling lama saya rasa) utk mencari cermin mata, lepas mandi. Jenuh. Sudahlah lampu depan tu rosak. Cari di meja depan takde, atas almari takde. Atas drawer takde. Bawah kerusi ke, mana tau adik main, terjatuh. Takde jugak. Daripada mengeluh, saya menjerit, geram sehingga menarik perhatian abang dan adik2 saya. Mereka pun ‘meminjamkan tgn’ mencari bersama. Atas katil pun takde. Buntu. Tempat yg biasanya saya telupa ada di situ pun sudah saya cari, bilik air.

Lebih kurang 15 minit mencari, dgn saya pun dah kebuntuan, rupa2nya atas almari, terhalang oleh laptop abg saya yg baru diletakkannya sebelum mandi tadi. Sigh*. Terlambat 15 minit utk solat maghrib.



Pun begitu, kadang2, saya suka juga cermin mata ni. Suka bila saya tak memakainya.

Dulu, masa form 3, kawan saya kata muka saya mcm nak makan org bila bukak cermin mata, tenung dgn muka masam. Menakutkan kata mereka. Haha. Saya pun sukalah buat mcm tu masa tu.

Lagi 1, bila bukak cermin mata, dgn power yg sgt kuat, saya hanya nampak sekeliling dgn warna dan bentuk yg samar2 saja. Kalau kwn2 bercakap, saya cam mereka dgn suara, bentuk fizikal, baju yg dipakai, dan seumpamanya. Dgn itu saya dpt mengenali siapa yg sedang bercakap. Kalaulah mereka bercakap dgn saya, tanpa memandang ke arah saya, tak mungkin dpt saya tahu bahawa mereka sdg bercakap dgn saya.

Cth : bila saya ke masijd menunaikan solat jumaat, ketika bercuti di rumah. Kerapkali tersua rakan lama sekolah, memandangkan semuanya duduk berdekatan. Sudahlah saya ni kurang sikit ramahnya. Kalau tak ditegur, nanti kata lupa kawan, sombong pula. Jadi, dgn itu saya tak pakailah cermin mata ketika keluar bersolat jumaat. Lagipun, khubah hanya wajib didengar. Bukan perlu dicam siapa khatibnya. Kalau ada mereka sekalipun, tak perlulah saya tegur mereka. Kalau mereka kata, kenapa tak tegur, saya jawablah,

Oh, aku tak nampak haritu, tak pakai spek.

Haha. Malasla. Bukan apa. Kalau saya tegur, pasti keluar soalan

Kau kat mana sekarang?.

Saya pun menjawab

KYUEM,

dan semua org dah dpt agak balasan dr mereka selepas itu,

Hah? dan pelbagai versi jawapan lagi yg masing2 pernah mengalaminya.

25 December 2008

pertama-tamanya



assalamualaikum.

ni dah kali keberapa aku buat blog ntah aku pun tak tau.sbb buat, pastu delete balik.fuh.tapi ini blog kedua aku.selepas 'mengapa' dilancarkan bertepatan dgn tarikh 1 disember lalu.jadi lepas ni senangla sikit aku nak mengira dah berapa bulan umur blog aku tu.sebut pasal tu aku teringat pulak pasal accounting principle.time time interval.dlm soalan exam, bolehla, die bagi everything in exact date mcm 1 hb in any month or even 1 january.to simplify the case bak kata pn ain.tp practically,there'll be no such thing kan.

baiklah.bukak saja blog ni, org mungkin akan kata wah, iman.gagahnye sampai ade 2 blog.entah bila boleh update.well.aku akan cuba sedaya upaya.dulu byk kali aku cadangkan pada chaletmate2 aku, nak buat blog p-20.malangnya tak mendapat sambutan.seorang tu, bila aku ckp cmtu, respon die hanyalah jom! je.tanpa ada apa2 tindakan lanjut.ok.faham maksud beliau.seorang lagi pulak, respon die malasla.nanti sape nak update?kalau nak org bace, kenelah rajin update. ok. faham. tu aku rasa merupakan salah satu beliau ingin menyatakan respon negatifnya terhadap ajakan aku utk membuat blog p20 tu. sudahnya, dlm p-20, aku yg buat blog dulu.diikuti p-20-b dan....p-20-a?entah.aku pun tak tau bile die ade blog.tp die ade katenye.

atau, bukak saja http://imanmanan2.blogspot.com, mungkin ada yg kata ah.biru lagi iman ni.template ni pun aku edit html je dr template yg die bagi tu.jenuh betul.tp takpe.jenuh masa mula2 je.edit dekat warna2, dan saiz je.yg lain2 tak usik.nak download sgt memeningkan.sbb susah nak carik yg bebetul sesuai dgn taste.pastu, dah download, mcm2 hal.tajuk hilang, bahasa yg tak pernah dipelajari, dsb.bukak google, key in je 'blogger template'.tu dia.tak terkira banyaknya pilihan.tak sanggup aku nak tatap semuanya.dah dpt 1 lawa, ade yg lagi lawa.sudahnya, ambik template yg sedia ada je.aku memang memilih pun.

ni aku taip kat dlm ruang new post dlm blogspot punya ruangan ni. so lepas titik dia tak pun automatically besarkan huruf for the next sentence tu.

semalam aku terbaca dlm akhbar kosmo.tentang fakta budaya blogging di malaysia.malaysia adalah antara negara yg memnpunyai ramai blogger2.anggaran adalah kira2 500,000 blogger berdaftar di malaysia.blog dr mahathir merupakan antara blog yg angka pelawatnya mencecah 3 angka setiap hari.begitu juga blog yasmin ahmad, pengarahnya filem mukhsin dan banyak lagi.banyak lagi fakta2 menarik tentang blog.tapi dah ke mana entah surat khabar yg aku bace ptg smlm tu. nanti kalau aku jumpa kat tempat bakar sampah luar tu, mungkin aku akan letak lagi fakta dr akhbar tersebut.susah2 sgt, search je kat dunia virtual ni.

mcm 'mengapa', 1st post aku akan berceloteh2 pasal blog.mungkin post kedua pun akan menerima nasib yg sama kot.

ilalliqa'.