Ada orang mempunyai minda yg tak kisah dengan peperiksaan, usai ia berakhir. Bila junior-junior bertanya, antara jawapan yg biasa diterima ialah "Aku pun dah tak ingat laa macam mana", terutamanya bila ditanya pengalaman semasa peperiksaan itu sendiri.
Saya taklah nak katakan I did it very excellently, cuma sungguh, peperiksaan baru-baru ini banyak mengajar saya nilai-nilai baik dan tidak baik utk saya fikir-fikirkan, di samping mereflect dengan diri sendiri yg banyak kekurangan di sisi Tuhan.
MashaAllah, housemate saya seorang, pelajar Chemistry, dapat 1st Class utk tahun kedua beliau.
Saya taklah hebat mana dalam accounting stuff. Apalagi bila yg melibatkan bisnes, finance, ekonomi, dan seumpamanya. Namun, saya tahu, saya cuma perlu berusaha.
Kertas pertama diduduki pada 16 Mei 2011, Isnin. Namun, belum pun cuti Easter tamat, sekitar awal Mei, saya sudah memulakan langkah awal utk mengelakkan last minute study. Kerana saya inshaAllah tahu kemampuan saya utk berhadapan dengan sesuatu subjek, walaupun ketentuan Allah itu melebihi segala-galanya.
Business Law 2. Beria-ia saya menghafal kes-kes, sampaikan tampal di dinding dan pintu. InshaAllah sudah ingat semuanya. Malam sebelumnya, saya tidur awal, macam dah yakin sangat. Namun, tanpa latihan menulis yg cukup, Tuhan lebih berkuasa, saya jadi sedikit gelabah. Jawab 2 dari 4 esei. Soalan 4 berjaya diattempt dengan baik inshaAllah. Namun, soalan 2 macam panjang sangat, bimbang akan ambil masa. Saya memilih soalan 1. Masalah terjadi bila pecahan soalan yg ada tak mampu saya jawab semuanya. Menyebabkan setelah hampir separuh waktu saya menulis, saya jadi bingung. Terpaksa ambil keputusan utk tukar soalan. Ya Allah. Ini horror. Tulisan, ini elemen yg tak kurang pentingnya, memang horrible.
suasana dalam exam hall memang jauh bezanya!!!
Pengajaran : rajin-rajin buat latihan dan plan answer well.
Dua hari selepasnya, Accounting in Context (AiC). MashaAllah, sungguh saya hadapi dugaan yg begitu hebat sebelum menduduki subjek ini. Memang serabut habis dibuatnya. Tambahan pula, persediaan yg tak berapa baik menambahkan lagi keserabutan saya. Allah saja yg tahu betapa miserable sungguh malam tersebut rasanya. Alhamdulillah kawan-kawan banyak membantu, dengan case study dan theoretical esei. Dan gladly saya dapat jawab dengan baik. Hafalan saya utk soalan case study dapat direcall dengan baik, walaupun tak semuanya. Dan harapnya baik betullah. Tak mahulah saya seorang je rasa baik, rupanya tidak.
Pengajaran : berlatihlah menulis esei banyak-banyak, alhamdulillah saya berpuas hati dengan tulisan (handwriting) saya utk kali ni. Tak macam kertas sebelumnya. Horrible. Harap-harap pemeriksanya dapat baca dengan seronok. Dan juga, bila tertekan, jangan duduk seorang diri. Berharaplah pada Allah, mohon padaNya, dan cuba bercakap dengan kawan-kawan. Sometimes just talking helps.
3 hari berikutnya, Finance 1. Tamat saja kertas AiC, terdengar soksek-soksek kawan-kawan secourse, semasa melangkah keluar dari dewan peperiksaan, seperti tidak tidur malam tadi, on high caffeine, tangan lebam menulis, dan sebagainya. Apa pun, tidur merupakan rehat yg baik juga kadangkala.
mengambil kaffein dalam keadaan tertekan ialah amalan yg tidak baik, berisiko menyebabkan strok
AiC hari Rabu. Finance 1 hari Sabtu, petang. Saya start balik gear pada hari Jumaat, setelah berehat semenjak Rabu petang tersebut. Teruskan buat latihan, past papers, dan tak ketinggalan, latihan menulis. Alhamdulillah, latihan dan ulangkaji berjalan lancar. Sampai di satu tahap, saya rasa sangat excited, dan tak sabar utk menduduki peperiksaan sebenar setelah kerapkali membuat latihan. Feeling overwhelmed, faham tak macam mana rasa dia? Namun, sekuat mana pun kita study, jangan dilupa bahawa segala-galanya terletak pada ketentuanNya. Lihat apa sudah jadi pada kertas Law saya haritu. Isk. Sedih nak difikirkan semula. Memikirkan perkara tersebut, saya ambil masa pagi tu sikit, ambil wudhu', tunaikan solat dhuha, dan berdoa meminta pada Allah, agar dipermudahkan menjawab nanti.
Ini panjang sikit, sebab banyak nak dicerita. Soalan ada MCQ dan computational dan esei. Argh, mana-mana di universiti ni, esei memang tak boleh lari punya. Cis. Apalagi course yg macam saya. Soalan 1 MCQ membuatkan saya sedikit terkejut beruk, kerana agak panjang dan sedikit confusing, walaupun similar dengan soalan dalam latihan dan past papers. Alhamdulillah kesemua 5 MCQ berjaya dijawab tanpa masalah, sebelum meneruskan ke bahagian berikutnya. Mula lewat sedikit dari jam 2.00 pm, dan sepatutnya berakhir pada jam 3.30 pm, tapi ditambah pulak dengan sedikit pengumuman pembetulan ke ape entah, jadi saya akhirnya habiskan 5 soalan MCQ hampir jam 2.30 pm!!
Apalagi, kena pecut ni. Alhamdulillah 2 soalan berikutnya saya dapat jawab dengan agak puas hati, walaupun banyak juga poin penting yg tak dapat direcall. Namun, anak-anak soalan yg banyak, a), b), c) sampai f) mcm tu, menyebabkan masa yg diambil menjadi lama dan menakutkan!
Bahagian C, pilih antara esei atau computational. Setelah membaca soalan yg lebih kurang 6,7 baris, saya buat keputusan menjawab soalan esei. Pompang, pompang tulis. Alhamdulillah, hampir kesemua poin yg baru saya buat latihan tadi dapat direcall semula, walaupun ada sedikit kesilapan yg menghantui saya sehingga hari ini, dan harapnya ok aje. Dalam masa 20 minit, 5 muka surat berjaya saya karang, dengan handwriting yg memuaskan. Ini kerana, saya mula menjawab soalan terakhir, esei, pada jam 3.10 pm. Tulis laju gaban punya, bla bla bla, pada jam 3.25 pm, kami diberitahu, disebabkan lewat mula tadi, dan ada pengumuman sedikit, waktu diextend sehingga jam 3.45 pm!! Saya pun slow down dan akhirnya ada 10 minit utk kemaskan tulisan! Ya Allah. Gembira tak terkata. Again, harapnya, bukan saya syok sendiri.
exam dilemma, nak cepatkan jam ke or lambatkan jam?
Habis peperiksaan, kawan bertanya, ok ke tak. Saya jawab 'ok kot'. Hingar-bingar di luar dewan peperiksaan setelah tamat peperiksaan merupakan perkara biasa. Saya malas layan, terus menuju ke bus stop berdekatan utk terus pulang ke rumah. Ada beberapa kawan sudah pun berada di situ, menunggu bas. Membuka sedikit cerita tentang kertas tadi, ada yg menangis! Bila hadir lagi beberapa kawan, masing-masing turut mengeluh mengatakan kertas yg susah, dan tak cukup masa, separuh bahkan satu soalan penuh tak dapat dijawab, 5 soalan MCQ kesemua berbeza jawapan dengan yg lain, saya rasa sungguh terkejut!
Pengajaran : biarpun kita study gila babeng mcm mana pun, kalau Allah tak izinkan, tak guna. Mohonlah padaNya. Berhenti seketikalah utk berdoa padaNya, bila kita study punya study, sampai rasa tak sabar nak jawab, nak pour everything, utk meneutralisekan balik perasaan kita, agar diberi ketenteraman semasa menjawab.
Dulu saya penyokong statement 'peperiksaan lambat, tapi cram kesemuanya sekali di hujung, rapat-rapat. Boleh study lama sikit'. Namun, pendirian saya berubah setelah menghabiskan 3 subjek pertama, kerana the next papers would be in 3 weeks time!!
.