Esei yang sudah berusia hampir 2 minggu, masih belum siap kerana asyik ditangguh, memandangkan ulangkaji utk peperiksaan perlu dibuat juga. Nak mengarang entri dalam blog jugak yang senang.
Poland, sebuah negara di Eropah, baru sahaja menyertai European Union, antara negara di Eropah yang mempunyai banyak tenaga kerja, mengalami banyak perubahan demi perubahan polisi, reformation, undang-undang, dan sebagainya.
ibu negara Poland ialah Warsaw
Health, begitulah tema esei yang saya karang mengenai negara ini. Tema yang saya pilih sendiri. Jenuh lama jugak fikir tu, nak tentukan temanya sahaja.
Kadang-kadang jadi lagi susah bila kita ada pilihan nak dibuat. Nak memilih pasangan hidup contohnya, bak kata pepatah, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Begitu juga bila berhadapan dengan pilihan ajakan syaitan ke arah kemaksiatan, dan naluri hati yang mahu mengelakkannya, itupun kalau ada naluri hati tersebut. Susah tu nak menghadapinya.
Saya pun tak pasti sejak bila saya mula mengenali sifat ini yg ada pada diri saya yg lemah ini. Mungkin semasa di sekolah menengah, duduk berasrama dengan kawan-kawan sekelas, setingkatan, dan sebagainya. Situasi di dewan makan, semasa makan tengahari, semasa berbuka puasa,dan sebagainya, yang kerapkali berlaku, menyebabkan saya mula terfikir akan kebenarannya.
Habis kelas lebih kurang jam 1.40 pm, walaupun dalam jadual, 2.15 baru habis. Tapi kadang-kadang guru tak hadir, dan memberi pelepasan dan sebagainya, jadi bolehlah kami, pelajar tingkatan 5 Pengajian Islam II ketika itu beredar awal, ke musolla utk menunaikan solat Zohor, dan ke dewan makan utk menjamu makan tengahari sebelum ke kelas prep petangnya, jam 3.15 pm. Memang packed. Sekolah, biasalah.
Makan tengahari, siapa tak mahu. Isnin dan Rabu, ayam. Memang rebutan ramai. Pelajar-pelajar selalunya sampaikan keluar dari musolla, berkaki ayam sejauh 50 meter untuk ke dewan makan, kasut dijinjit di tangan. Tu dia, punyalah nak cepat ke dewan makan, sampaikan kasut pun tak sempat nak pakai, dan takut terbazir masa menanggalkan kasut semula setibanya di dewan makan.
jangan risau, pelumba ini pasti berlari dengan memakai kasut
Makan berhidang. Style baru di dewan makan. Sesampainya di meja makan, kawan-kawan ada yang sudah mula makan, ada yang belum hadir, dan yang sudah beredar pun ada. Jam menunjukkan pukul 2.05 pm. Nasi di mangkuk yang disediakan di meja berbaki sedikit. Saya tuangkan di pinggan saya kesemuanya, dan ke kaunter di hadapan untuk meminta nasi tambah.
Makan. Makan. Makan.
Seorang demi seorang mula meninggalkan dewan makan setelah menyudahkan makan tengahari masing-masing. Kebiasaannya, balik dorm, dan tidur, mengumpul tenaga untuk ke kelas prep nanti. Saya teruskan makan sedikit demi sedikit sehingga habis. Sampailah ketikanya, tinggal saya seorang dalam dewan makan tersebut!
Cerita lama. Zaman sekolah. Begitulah.
Saya berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej
Sarapan, nasi goreng, bihun goreng, scrambled eggs (dan baked beans beserta sosej) kuey tiaw goreng, roti canai dan roti bakar dengan jem pelbagai aneka pilihan.
Makan tengahari, nasi putih lauk pelbagai. Saya nak namakan pun tak reti, sebab nak kata ayam masak gulai lemak contohnya, tapi rasa lagi sedap dari tu. Err, skip.
Makan malam tak kurang hebatnya. Setiap orang pasti akan ternanti-nanti menu dinner setiap hari rabu, yang berupa western dinner, kerana menunya ialah spaghetti dan bolognese, chicken chop, burger, dan sebagainya.
Tiada lagi istilah taugeh masak kuey tiaw. Ikan jaket pun dah macam ikan patin. Itu belum kira juadah berbuka puasa. Dengan kuih aneka jenis, cendol, lauk pauk. MasyaAllah. Geleng kepala.
makanan aneka pilihan
Mungkin ketika zaman pra universiti inilah baru saya tahu yang saya antara yang 'juara' dalam bab makan. Barangkali kawan-kawan yang melabelkan saya begitu. Nama-nama top yang lain selalu dibanding-bandingkan dengan saya. Nama-nama tersebut bukanlah calang-calang orang. Iaitu samada yang digelar 'abah orang', pemain bola, penjaga gol, dan sebagainya. Saya? Seorang yang kurus, berisi pun tak, takdelah pemain bola ke apa, jauh sekali digelar 'abah orang', namun, bila makan bersama, seringkali juga kawan bertanya soalan yang saya sendiri tak tahu jawapannya,
"Iman, apsal ko ni makan banyak, tapi kurus jugak eh?"
Alhamdulillah, kurniaan Allah dalam bentuk rezeki di KYUEM sangat banyak. Begitu juga dengan nikmatnya yang saya maintain kurus. Setibanya di UK, selepas melanjutkan pelajaran dari KYUEM, cabaran mula dihadapi iaitu apabila boleh kata 100% kehidupan berdikari dipraktikkan. Di KYUEM, ada dewan makan yang masakkan. Di sini, kau masak, kau makan. Kau tak masak, tak makan. Fullstop.
Ditambah lagi dengan kehadiran musim sejuk dan panas, di mana musim sejuk, perut akan menjadi cepat lapar, kerana makanan digunakan utk membekalkan haba utk tubuh badan. Di musim panas pula, zaman menghadapi peperiksaan. Walaupun tak keluar ke mana-mana sangat, kerana sibuk mengulangkaji dan sebagainya, namun perut akan cepat lapar juga, entah kenapa. Err, saya je kot yang alami benda ni.
Bila saya lapar, saya mula tak dapat tumpukan perhatian. Sifir mudahnya, makanlah untuk belajar.
Haritu Petronas berkunjung ke universiti tempat saya belajar, melawat pelajar-pelajarnya, bertanya khabar, di samping mengadakan sedikit talk utk sesiapa yang berminat utk menyambung kariernya di Petronas. Masing-masing gembira, apalagi bila mereka datang di waktu
Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, tambah pula pagi tu saya tak sempat menjamah sarapan, kerana tidak pulang ke rumah dalam percubaan menyiapkan esei, sampai ke tengahari, badan sudah mula lemah. Ditambah lagi dengan seminar yang memerah otak, perhatian jadi semakin kurang bila mahu menyambung karangan esei. Tu dia, alang-alang orang nak belanja makan tengahari, saya tak keluarkan duitlah untuk beli sedikit alas perut utk pagi tu. Sampaikan bila berborak dengan kawan, saya dah tak dapat nak fokus pada perbualan tersebut, kerana perut yang kosong.
Draf esei bertemakan Health saya sudah mencecah 1500 perkataan, dari 2000 perkataan.Walaupun sudah menjamah cucur beberapa ketul dan secawan kopi Radix lebih kurang jam 9 suku pagi tadi, sampai jam 3 petang, saya sudah tak dapat tumpukan perhatian pada karangan esei kerana kelaparan. Turun ke dapur, ambil frozen kentang, masukkan dalam ketuhar. 30 minit. Sementara menunggu, saya ambil vakum di bawah tangga rumah, utk menyelesaikan tugasan mingguan rumah. Vakum karpet atas, giliran saya minggu ini.
Bermula dari tangga rumah, yang dalam 15 anak tangga, saya beralih ke karpet atas pula. Alang-alang, saya ambil kesempatan utk vakum bilik sekali.
Bersyukurlah dengan apa yang ada.
20 minit berlalu, selesai memvakum. Tangan terketar dan badan sedikit berpeluh. Petanda sihatkah ini? Atau tak?
.