18 April 2011

3.35, 4.05, 4.20, 4.50, 5.10

zzzzz...... zzzz.... (tidur).

Pernahkah anda mengalami kejadian yang anda sudah terlambat ke sesuatu (kelas, barangkali), bila anda tertidur tanpa sedar? Dan bila terjaga dari tidur, objek yang pertama yang anda capai ialah objek yang boleh menunjukkan waktu pukul berapa pada anda. Pernah tak?

Mata terus membulat melihatkan jam yang sudah menunjukkan 3.05 pm, sebaik terjaga dari tidur. MasyaAllah, keletihan yang amat agaknya, tertidur tanpa sedar, menyebabkan saya separuh menjerit dalam hati melihatkan angka 3.05 tersebut. Bingkas bangun dan mengemas barang, bersiap-siap mahu ke Plymouth. Tapi sebelum tu kena jalan kaki ke bus stop, 6 minit (bergantung tahap kecemasan), ambil bas ke train station dalam 10 minit (bergantung keadaan trafik), ambil train ke Birmingham lebih kurang 20 minit (bergantung train yang available), dan jalan kaki dari Birmingham New Street (train station) menuju ke bus stop tersebut, yang entah di ceruk mana, dalam 7 minit (bergantung kehendak hati). Ah, semuanya bergantung sana, bergantung sini. Dan semua itu perlu saya lakukan sebelum bas bertolak jam 4.50 pm.

Megabus merupakan servis bas yang tidak asing lagi di UK (dan US barangkali), yang terkenal juga dengan ketidakpunctuallannya. Oh, tidak. Ketidaktepatanmasanya. Ya, sounds better. Begitu juga dengan kerusi tempat duduknya yang boleh menyebabkan orang sakit pinggang, belakang, kepala, dan kawasan sewaktu dengannya jika duduk di atasnya dengan lama. Namun, harga tiketnya yang relatively murah menyebabkan ianya masih lagi menjadi pilihan orang ramai untuk berjalan ke sana ke mari, di tambah pula dengan kemudahan sistem tiketnya, hanya menggunakan nombor yang diemelkan. Nak salin nombor tu pada kertas kitar semula boleh, nak tayang di telefon pintar boleh, conteng di tangan pun boleh. Yang tak boleh ialah bila nombor tersebut hilang. Sangat convinient. Gamaknya kalau di Malaysia, habis kena reka la nombor-nombor tersebut.





Saya pasti anda pernah rasa marah dengan bas yang selalu lewat bertolak, di Malaysia terutamanya.

Seorang kawan saya pernah cuba menggunakan Megabus untuk travel ke Manchester, dari Coventry, yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. Tiket(nombor)nya mengatakan 4.50 pm, sebagai waktu bertolak. Berempat atau berlima mereka. Jam 4.30 pm, ada yang belum sampai ke tempat menunggu. Dia hanya sampai dalam jam 5.00 lebih. Sangkanya, dah ketinggalan, namun, kawan yang sedang menunggu menelefon, memberitahu bahawa bas belum sampai, jadi masih sempat untuk dikejar. Akhirnya, lebih kurang pukul 7 baru basnya sampai. Oh, kalau ini terlalu ditokok tambah (exaggerate), mungkin dalam 6 lebih. Fine.


Saya yang mendengar cerita tersebut menepuk dahi, tak menyangka seteruk itu servis Megabus, sedangkan saya belum pernah mengalaminya. Masing-masing yang menceritakan melahirkan rasa kecewa dan tidak seronok dengan Megabus.

Sudah mengelamun, rupanya, saya yang sedang bersiap-siap mempacking baju, mula rasa sedikit cemas. Timing dah rancang semua, nak naik bas pukul 3.35 pm ke train station. Maknanya, paling lewat saya kena keluar dari rumah ialah 3.25 pm, lebih kurang. 3.15 pm saya sudah keluar. Singgah di rumah kawan kejap kot. Sampai di bus stop, bas yang saya tunggu dijadualkan akan tiba dalam masa 27 minit lagi. Baru teringat hari tu ialah Ahad, bas akan menjadi kurang kerap. Salah tengok jadual bas. Astaghfirullah. Buntu. Mati kutu. Saya mula berkira-kira hendak berjalan kaki ke train station sendiri, yang saya jangkakan ketika itu 25 minit, maknanya by 4.00 pm saya sudah sampai di train station. Jika hendak tunggu bas, jam 4.00 pm baru saya gerak, 4.10 pm baru sampai di train station. Di situ saya sudah jimat 10 minit.

Kuatkan semangat, jalan kaki dengan beg yang berat kerana packing yang ala kadar, di tambah pula dengan hari yang agak panas. Sampai di salah satu bus stop dalam laluan saya ke train station, ada sekumpulan manusia sedang menunggu bas di situ.

Kita ingat kita yang bagus. Tahu semua.

"Apalah korang, bas lambat lagi kot sampai. Aku jalan dulu" kata saya dalam hati.

Elok lepas seminit meninggalkan bus stop tadi, sebuah berhenti di situ, bas 12, yang perlu saya ambil. Apalagi, menangis air mata darahlah jawabnya. Oh, tak. Tak menangis pun. Menjerit dalam hati, sambil tersenyum sendirian mengenangkan nasib. Nak patah balik pun tak sempat, dalam keadaan saya berlari dengan barang fragile dalam beg, mungkin mengambil masa puluhan saat, sedangkan bas tersebut hanya berhenti ambil orang di stop tersebut dalam beberapa saat je.



Dalam hati sudah ada perasaan mahu patah balik ke rumah je, tak perlu pergi langsung dah ke Plymouth.

Teruskan perjalanan juga, sambil beristighfar sedikit, barangkali ini balasan Allah yang saya selalu melanggar laranganNya. Sambil-sambil tu, tak berhenti-henti berdoa agar adalah teksi sebijik, walaupun kalau kira-kira dengan menaiki kenderaan, lagi 4 minit je dah boleh sampai ke train station. Train station ye, baru sebahagian kecil permulaan perjalanan 6 jam Birmingham - Plymouth. Badan dan kepala sudah mula menitikkan peluh.

Akhirnya, sampai di train station jam 4.05 pm. Setengah jam berjalan. Subhanallah. Rupanya, sampai di train teringat yang train availability bergantung jugak. Sambil bercongak-congak masa untuk sampai ke tempat Megabus by 4.50 pm, saya mula mengconsider untuk mengambil teksi. Laju sikit kot. The soonest train ke destinasi, Birmingham New Street ialah pada jam 4.20 pm. Kalau ikut nasihat seorang kawan, train akan sampai ke destinasi dalam masa 20 minit, maknanya saya ada 10 minit untuk berjalan kaki ke stop Megabus tersebut selepas turun train. Saya cuba reach kawan tersebut, untuk memastikan ketepatan masa 20 minit tersebut. Tak angkat. Dalam teater katanya, di London. Hendak menaip SMS padanya pun sudah terasa begitu penat.

Saya ke teksi, bertanyakan tambang ke Birmingham New Street. £40. MasyaAllah.


kalau saya ada lemah jantung, agaknya sudah pengsan mendengarkan angka £40


Saya kembali ke dashboard yang memaparkan waktu-waktu train. Ada lebih kurang 7 minit, sebelum train yang 4.20 pm tu bertolak. Keputusan perlu dicapai segera. Fikir.

Anda cuba buat tak tahu pada seseorang, dengan fikiran yang dia tak nampak atau pedulikan anda, tapi rupanya dia sedang memerhatikan anda!

Bila saya toleh semula ke belakang, gaya mundar-mandir, pemandu teksi tadi ada di belakang, tidak jauh dari saya, menanti respon saya, mahu teksi ke tak. Akhirnya saya ambil teksi, mengharapkan ianya akan lebih cepat dari train, memandangkan saya bertolak 7 minit lebih awal dari train. Kurang ajar punya pemandu teksi. Terpengaruh aku dengan kau.

Keputusan dalam keadaan terburu-buru jarang sekali baik. Tiket train yang hanya boleh didapati dengan £2.90, berbanding £40 (empat puluh, bukan empat), merupakan tamparan hebat bagi saya yang sangat mementingkan jimat cermat, apalagi saya yang memang sudah sediakala tak berduit sangat.

Teksi tersebut berhenti di sebuah stesen pam minyak, dan saya keluarkan tunai di situ. £1.99 charge, sekali lagi saya beristighfar. Hebat betul dugaan hendak ke Plymouth kali ini. Kalau setakat dugaan fizikal, tak mengapa lagi. Dugaan duit bagi saya memang suatu yang significant. £50 saya keluarkan. Tutup sebelah mata mengambil duit tersebut. Dalam teksi yang dipandu laju, saya sudah sedikit keletihan. Lihat di sekitar yang bercuaca baik, namun dalam hati seakan menyesal mengambil teksi tadi. Saya terlupa, perjalanan hendak ke sesuatu tempat dengan memilih teksi bergantung juga dengan perangai pemandu teksi tersebut juga, selain keadaan trafik. Subhanallah. Sungguh Allah jadikan perkara-perkara di dunia ini berkait-kait antara satu dengan yang lain.

Perasaan yang tak seronok, tapi untuk sedapkan hati orang, kita buat-buat seronok. 

Jalan jammed. Hampir sampai ke destinasi. Jam sudah menunjukkan 4.47 pm. Tiada keluhan lagi yang mampu dikeluarkan, sebaliknya rasa kerdilnya diri dengan ketentuan Tuhan ke atas diri ini, sambil dalam hati berdoa agar keajaiban berlaku. Isk. Desperate sangat ni. Pemandu teksi mengatakan benda yang saya tak ambil pusing. Dalam hati saya marah juga, kerana tak menjaga kebajikan penumpangnya, yang mahu mengejar bas. Hendak diminta turun terus di tempat Megabus, kedua-dua kami tidak tahu di mana exactly.


Turun sahaja dari teksi, jam sudah menunjukkan 4.50 pm. Kalau saya tahu tempat tersebut boleh juga ambil shortcut ke apa. Yang saya tahu hanya belok kanan, kiri, terus, dan seumpamanya. Berjalan ke tempat yang dimaksudkan dengan arah yang saya tahu, dalam hati berdoa jugalah agar keajaiban berlaku, bas delayed. Sambil pasrah jugalah, kalau sampai nanti bas betul-betul sudah bertolak, saya patah balik rumah ajelah.

Sampai di satu persimpangan, yang lepas tu hanya tinggal nak terus je, untuk sampai ke tempat Megabus tersebut, saya sudah nampak bas di hujung jalan, seakan anak kecil berjumpa ibu. Gembira, mahu melangkah laju supaya cepat sampai, tapi terbatas dengan kemampuan. Dalam hati mahu menjerit lagi, keseronokan yang bas lewat bertolak. Baru saya faham perasaan orang yang mengharapkan agar bas lewat bergerak. Selama ni saya tahu marahkan bas je, bila lambat sampai, delayed, dan sebagainya. Subhanallah, sekali sekala perlu untuk kita berada di bawah, setelah seringkali berada di atas.

Gaya orang Hindustan berlari di taman ketemu awek yang sekian lama terpisah.


macam dah lama tak berjumpa


Kepalang gembira dan leganya saya (ayat, bukan main. Haha) melihat ramai lagi yang belum menaiki bas, setibanya saya di tepi bas. Bersyukur tak terhingga. 10 minit berada dalam bas, baru bertolak, pada jam 5.10 pm, 20 minit lewat dari waktu yang telah ditetapkan.



Nanti tambah lagi cerita lagi orang fikir apa pulak ni kang. Baik stop dulu.