03 September 2010

bagus ke tak?

hampir-hampir saya tak mengupdate blog langsung sepanjang cuti musim panas UK di tanah air. sekarang sudah September, dan, ya. penghujung Ramadan. Julai dan Ogos saya agak sibuk berjalan ke sana sini.


sesetengah kawan memprivasikan blog sendiri. tak faham betul.


sekembalinya saya ke tanah air dua bulan lepas, saya rasa seakan ada perasaan yg amazing dalam diri saya. mungkin pengalaman beberapa bulan di UK membuatkan saya rasa sedemikian. seakan suatu paradigma yg baru. itu bahasa baiknya. bahasa tak baiknya, rasa superior.






ya, banyak yg boleh dibezakan UK dgn Malaysia. taraf hidup di UK macam mana, suasana politik, teknologi, sosial, dan beberapa aspek lain, yg boleh saya katakan lebih kehadapan dari Malaysia. oh, sosial tu mungkin saya perlu fikirkan semula.


ya, ianya bukanlah hanyalah kemajuan duniawi, tanpa ukhrawi. tapi, still..?


sungguh. ya. saya berlagak.


baru-baru ini saya ke program Muslim Overseas Camp, yg di adakan di Shah Alam. lama dah. awal Ogos dulu. sebuah camp utk budak2 dari KYUEM yg akan ke luar negara. lepas tu pula, saya menyertai program motivasi di sebuah sekolah di Teluk Intan, SMK Sungai Manik nama diberi. bagus juga jalan2 ni pada saya, asalkan utk tujuan dan diisi dgn benda yg baik.




wah. ayat bukan main.


saya ke Shah Alam dgn kakak saya, seorang pensyarah Politeknik Ungku Omar, dan sedang menyambung pelajaran sambilan di UM, KL. macam-macam yg diceritakannya pada saya, terutamanya tentang pelajar-pelajar di Politeknik secara khususnya, pengalamannya selama hampir 6 tahun (kot?) mengajar di sana.


teringat kata-kata seorang kawan; bergaul dgn pelbagai orang ni, proses mematangkan diri tu mcm ekpres. katanya semasa saya menghantarnya ke stesen bas setelah semalaman tumpang tidur di bilik saya di kampus di universiti.


budak-budak Poli. faham-fahamlah macam mana. kalau tak faham, ada baiknya anda sendiri luangkan masa lihat sendiri. baru tahu macam mana gelagat-gelagat manusia sebenar. baru tahu boleh diaplikasikan ke tak apa yg anda belajar selama beberapa tahun di tanah penjajah.


masuk ke kelas agama, pakai tudung, pakai baju kurung. berkasut sport. padahal baru ditukar (setelah disuruh). lepas kelas, tukar semula baju. itu gunanya kasut sport.


kelas agama, adalah kena hafal ayat-ayat quran. tasmi' dan seumpamanya. ayat-ayatnya, doa qunut, wirid lepas solat, dan benda-benda lain yg mungkin bagi sesetengah yg lain 'alahai'.

yg lancar bacaannya, ustazah akan terkejut, dan mula bertanya bagai, dan akan melekat dalam ingatanlah budak-budak yg 'luar biasa' ni. rupanya dulu sekolah agama, tapi sampai tingkatan 3. tapi sekarang sudah entah apa-apa.

kamu dulu sekolah mana?


sekolah teknik XXX


sebelum tu?


sekolah XXX.


tanya punya tanya, baru mengaku; sekolah agama XXX.


malu mengaku sekolah agama.

ada yg tiba-tiba tak dapat dikesan. kelas tak hadir, ujian tak datang. tahu-tahu, bila ditelefon, sedang bekerja sendiri, cari duit. malas belajar katanya, sambil hehe hehe.

bermacam-macam lagi ragamnya. ya lah, mengajar agama. bukan semua mahu dan minat.


selepas MOC, saya ke Teluk Intan, ke sebuah sekolah menengah, utk program motivasi. pesertanya ialah pelajar-pelajar tingkatan 4. di MOC menjadi fasi, dtg ke sekolah menjadi fasi lagi. layan.


motivasi oleh pelajar-pelajar dari UK dan Ireland. mau tak peergghhh bunyinya. cikgunya terasa seolah honoured kerana sekolahnya dipilih utk program seumpama tersebut.


peserta seramai 80+ orang. sesampai di sekolah, ketika kami, lelaki dan perempuan, lalu di bahagian bilik kelas, kedengaran bunyi siulan gatal dari dalam bilik kelas. saya tak menoleh. dugaan pertama. boleh diagak ni macam mana gaya sekolahnya. saya kata dalam hati.


sesi pertama, ialah ceramah dari kawan saya yg bernama Izuan. masyaAllah, hebat orangnya. bila masuk ke dewan tempat ceramah, saya duduk di belakang sekali. melihatkan keadaan pelajar-pelajarnya, saya sedikit tergugat. tingkatan 4, boleh bayang macam mana perangainya yg dah besar-besar ni. teringat saya keadaan pelajar-pelajar diploma politeknik yg diceritakan kakak saya hari tu.


selesai ceramah, berhenti rehat, makan tengahari dan solat zohor. akan tetapi, aktiviti sebelum tu, masyaAllah. memang menduga. Latihan Dalam Kumpulan (LDK). nak kena buat apa? taaruf, tanya itu ini dan yg penting, tanya cita-cita, dan serba sedikit berkenaan cita-cita masing-masing.


saya kuatkan semangat. cuba utk buat seriang mungkin. teringat masa di MOC, memang menduga kreativiti sungguh bila melihat peserta-peserta seakan bosan dgn ceramah, aktiviti dan sebagainya. terasa suatu tanggungjawab utk membuat mereka tertarik dgn apa yg nak disampaikan. ini kalau mereka pun muka monyok tak minat, saya pun hilang mood.


mungkin saya sendiri ada kelebihan sedikit, budak-budak sekolah nampak terhibur dgn cara saya mengendalikan LDK. sorang-sorang saya tanya serba sedikit tentang biodata diri. saya cuba mengawal diri, agar saya sendiri tak patah semangat dgn gelagat mereka. tambah, ada seorang ni, Mat Top kawan dia panggil. masyaAllah, nakal bukan main. hobi dia apa anda tahu?

buat orang marah.








sambil lawak-lawak je dia menjawab. ya. jangan tak disangka orang macam ni pun ada.


ada pula yg hobinya apa? melepak. main gitar.



Allah. takkan nak dimarah pula. baru sendiri tahu macam mana remaja Melayu sebenar.

taaruf kumpulan LDK saya secara bulatan. mula dari kiri. semua dgn gaya masing-masing. ada yg betul-betul bersemangat. tanya di luar negara seronok ke, barang murah ke tak. sedikit sebanyak bersemangat juga saya bila mereka berminat dgn aktiviti tersebut.



sampai peserta terakhir utk taaruf, saya terdiam. Allah, budak ni normal ke tak ni? cakap tak dijawab, mulut bukak tak bukak je, tanya cita-cita lagi entah ke mana. saya sudah resah. sekolah ni hantar budak autism mcm adik saya ke program ni sekali ke? ahh. tak boleh. kena teruskan juga. jenuhlah saya berkenalan dgn budak tersebut.


nama kena ingat. penting. kata seorang ustaz dulu.



ke surau solat zohor, bila jumpa budak-budak sekumpulan, nak kena tegur. jangan buat hal sendiri je. hubungan nak kena jaga.


selepas zohor dan makan tengahari, kembali utk ceramah kedua. budak-budak di dewan yg kembali hanya tinggal 2 per 3 dari jumlah tadi. kerusi banyak sudah kosong. Allah. kesabaran teruji lagi. nasib baik bukan saya yang ceramah.


ceramah menyentuh sedikit tentang Sultan Muhammad Al Fateh, yg saya kira 'berat' utk budak-budak tersebut.


LDK selepas ceramah, puzzle. keputusan yg dicapai tak seperti yg dijangkakan. ah sudah. sekali lagi teruji.



program tamat menjelang asar. solat asar di surau di sekolah tersebut. penat bukan main.


saat di program sebentar tadi, baru saya terfikir akan sesuatu. tidak baguskah mereka-mereka yg belajar dalam negara? bagus sangatkah mereka-mereka yg belajar di luar negara?

kalau bagus di luar, adakah semua orang perlu ke luar negara utk melanjutkan pelajaran?


kawan saya kata; ala, aku belajar sini je, tak mcm kau, jauh.

saya balas; ala, kat Malaysia pun tak kurang jugak advantagenya. hehe.


teringat seorang pelajar di poli yg kakak saya ceritakan tempoh hari. keputusan SPM bagus, 7A, 8A. tapi masuk poli kenapa?


ada semasa satu LDK di sekolah tersebut, yg bertanyakan, orang ni kerja kuat, di tengah panas, tapi gaji sikit. sorang lagi, duduk bawah penghawa dingin, kerja biasa-biasa, tapi gaji tinggi.


lalu saya terfikir, tak baguskah kerja teruk di tengah panas, gaji sikit? adakah semua orang perlu kerja dalam pejabat, utk menjamin masa depan? tak baguskah orang yg bercita-cita jadi mekanik di bengkel? yg minatnya bukan pada kedoktoran, jurutera, akauntan, dan sebagainya? tak baguskah mereka yg belajar di poli? tak adakah pelajar lepasan luar negara, yg menyusahkan negara? perangai entah apa-apa? bergaul bebas, lagi teruk lagi dari mereka yg belajar di Malaysia, murtad pun ada. Allah.


biarlah apa jua kerja yg dilakukan, biarlah dipandu agama.


oh saya terlupa suatu ungkapan yg saya pernah dengar suatu ketika dulu.


tuhan tak menciptakan orang yg bodoh. tapi kepandaian masing-masing itu pada tempat yg berbeza. 


setiap orang ada dikurniakan peluang dalam hidupnya. cuma tak dimanfaatkan peluang tersebut.




sungguh. saya tersalah perkiraan. ampunkan diri yg hina ini ya tuhan.



.