27 June 2009

another long post.

astaghfirullahal aziiimm..... alamak, cmane ni....


nafas sudah mula tak tentu arah.


ok. lek. calm down. buat rileks jgn buat muka gelabah. take it easy man. kau bukan budak kecik lagi bro.


masam mencuka muka dua org perempuan tersebut. manusia, mcm tu lah. rambut sama hitam. hati lain2. tak pernah nak bermanis muka, sedangkan semuanya bersaudara dlm Islam.


suasana tegang sebentar. tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut masing2.


akak ok ke?


gadis itu diam. dahinya masih dikerutkan tanda marah. mulut masih memuncung sedikit. sambil tangan mengibas2 baju hitam yg berdebu. kelihatan luka di bahagian sikunya dan bajunya koyak di bahagian tersebut.


aduhai. bala apela pulak menimpa aku hari ni.


ni cmane ni?


tahu apa?


saya yg sedang memandu kereta terlanggar 2 sebuah motosikal yg dinaiki 2 org gadis melayu nampak lagi tua dari saya, tapi dlm lingkungan 25 tahun.


ada org kata, post saya panjang sgt. ah. lantak lah.


baru beberapa minggu lepas saya berjaya menamatkan test JPJ yg melayakkan saya meraih sekeping P, sekaligus membolehkan saya memandu kereta legally di atas jalanraya di seluruh negara (bangge gile). mana taknya, susah betul nak dapatkan P tu. mulanya dari bulan 12 tahun 2008 lagi. sejak mula mendaftar, pegi ceramah, buat test berkomputer dan amali selama 12 jam. kot. eh, tak ingat berapa jam. bapak lame. bosan dowh. padahal saya memang dah boleh memandu pun ketika itu. kalau takat pegi kedai dekat2, surau ke, masjid ke, lepas la. tu pun takut jugak. takde lesen la katakan.


utk menduduki internal test, dan seterusnya JPJ test, saya perlu at least sebulan dari tarikh saya mendaftar. masalah lagi. tak cukup sebulan lagi ni. kolej dah nak start balik. hmm. tepaksa tangguh. aduh. malas betul nak bertangguh2 ni. nanti mood tu pun dah takde. sedikit sebanyak pelajaran mula dilupai, dek menghadapi pelajaran A Level. kalau amali memandu, kat sini kena bg signal, kena berenti sehingga habis utk mula dari gear 1, kat sini kena buat ni, kat situ kena benda lain pulak. alhamdulillah, tak byk yg dilupai, walaupun sekali sekala kene tegur jugak dgn cikgu memandu tu.


cuti bulan 3, 2 minggu, barulah dapat disambung semula pembelajaran tersebut. ah. bosan dan malas betul nak mengulang 2 kerja yg renyah ni lagi sekali. 12 jam memandu amali saya masih belum habis. cadangnya nak habiskan semua dlm minggu pertama, termasuk test JPJ. sekali, lambat hanta gamba dan amende entah, tak dapat buat lagi. tangguh ke minggu ke dua. nasib baik cuti 2 minggu. aduh. dahla trial exam dah dekat.


submit borang, book pegawai JPJ utk minggu kedua tu, sebab test hanya dijalankan seminggu sekali, hari jumaat. saya bernasib baik. org terakhir utk kuota utk hari tu. giliran saya pulak petang harinya, lepas solat jumaat. gile. kalau terlambat sikit, habisla. mungkin dah habis A Level mcm ni saya terpaksa habiskan memandu. bosan nak mati. dah muak saya lalu jalan A dan C tu. lainla kalau saya tak pandai memandu lagi.


test akhirnya berakhir. ah. leganya tak terkira. tak payah pikir pasal sekolah memandu lagi. sakit otak je. huhu. saya kembali ke kolej menyambung A Level memandangkan trial exam dah dekat time tu.


A Level berakhir. sejak seminggu berada di rumah, kali kedua memandu di kawasan yg sebelum ni saya tak berani nak masuk sebab takde lesen, saya sudah langgar pemandu motosikal. padan muka. nasib baik tak serius.


handle brake patah. rim senget sikit. sedikit calar di plat dan bahagian tepi lampu. ah. saya tak tau la bahagian2 motor ni. si pembonceng motosikal cedera di siku, bajunya koyak dibahagian yg sama. seorang lagi sekadar debu2 di baju yg sengaja tak mahu dihilangkannya supaya nampak serius.


saya? i mean, kereta kancil ayah saya. sedikit calar di pintu, kerana geselan, side mirror nasib baik tak tercabut, terpusing 100 darjah, dan sedikit calar di bahagian tepi, depan,.....err....arhhh! saya tak mahir juga bahagian2 kereta ni sebenarnya. jadi, anda mahu sembang motor dan kereta dgn saya, anda telah pilih org yg salah.


mintak maaf banyak la kak. saya betul nak masuk sini tadi, dan saya dah bagi signal dah pun. dari roundabout tadi lagi. kerete mmg byk tadi. mmg susah nak mencelah masuk tadi.


saya cuba selamba mendefend diri sendiri. walhal, saya salah juga sebenarnya, kerana dari lane tengah terus nak membelok ke kiri, tanpa disedari, ada motor di sebelah kiri, ingin terus. tu yg langgar tu. kat sebelah kiri kereta saya. err... yg saya pandu. tak paham sudah. panjang lagi kalau nak describe.


nak setel mcm mana ni? balai ke sini je?


kami nak pegi kerja ni... baju koyak, nak balik tuka lagi.


nak balik tuka, awak nak put it in monetary value, perlu ke??? kalau luka dan baju tu munasabah jugakla. tu lah. asyik nak complicatedkan situation. time tu la nak tunjuk semua, bagi nampak serius. pukul 6.40 ketika itu.


ah. dgr perkataan balai, saya bukanla cuak ke ape. diorang manusia juga. makan nasik jugak. kalau di belakang kita, diorang buat hal sendiri jugak. contoh


weh, tadi aku tergelak betul mamat yg kita soal siasat tadi. gelabah gile. kah! kah! kah!


kan?


aduh. takkan nak pegi ke balai pulak. habis la P aku wei. malasla nak complicatedkan situation.


setel sini dah la.


saya jawab dgn pantas dan yakin. ayat biasa bila kemalangan macam tu berlaku.



abg turun dulu la. parking dekat situ.


alah. takde la teruk sgt pun. penunggang motosikalnya pun bukanla cedera parah, siap boleh bermasam2 muka lagi tu. saya kira, mereka pun org biasa2, yg tak pernah mengalami kemalangan sedemikian rupa, dan tak tau macam mana nak setel. cuma berlagak macam tahu semua. macam saya jugak.


dtg member laki gadis2 tadi. rakan sekerja saya kita. baju tuck in. smart. ah. saya fikir dia ni org2 baik je. so, tak perlu risau. hehe. dia bertanya pada saya after a quite long silence between us.


abg, saya bukan nak defend mana2 nak salahkan siapa2, tapi apa yg berlaku sebenarnya ni?


saya dah tersenyum dalam hati. mcm mana ek senyum dlm hati? gaya cakapnya pun mmg org yg baik2. hehehehe. takpe. org cakap baik, saya balas baik. org cakap tinggi2 suara, saya cuba sedaya upaya utk tak melawan ketinggian suara masing2. saya ceritakan 1 persatu.


gadis bertudung, yg tuan empunya motor tersebut ialah bapanya, mengangkat call. seorang lagi tak bertudung, yg luka di sikunya itu.


nanti tunggu ayah saya. ni motor dia ni.


alamak, tak payahla nak complicatedkan situation.


tak. ni motor ayah saya, tengokla die macam mana.


kalau saya, saya tak kisah kalau nak bayar utk luka dan bajunya itu. alah. luka berapa sgt. tak tau la kot klinik2 caj ridiculous price. baju mungkin dlm brape puluh je saya kira. brake motor tu.... tak pasti la.


saya lantas call abg saya. die mungkin tau harga2 ni sedikit sebanyak. tiba2 dtg 2 org India. tinggi dan sederhana.


yg sederhana menghampiri saya. alamak. ni nak bawak geng hindu ke ape ni. mamat India ni dahla kemeje lengan pendeknya tak dibutangkan 2 butang di atas, menghampiri saya sambil mengeluarkan rokoknya. tak payah buat otai la wei. malas aku nak layan.


sambil tu, dlm kepala otak saya dah terfikirkan kemungkinan pergerakan2 mengejut yg akan dilakukan, seperti cekak baju, dan apa yg mungkin akan saya lakukan. buah2 silat cekak sudah terbayang2 di kepala. tapi serius. bukan nak kata cuak ke ape, malas betul nak worsen situation. ni kes simple je kot.


bang, cmana ni bang? sekarang salah siapa? diorang kata salah abg.


saya pasti, kalau org yg tak tahan sabar, pasti totally blame penunggang motosikal tersebut, tanpa mengaku walau sikitpun salah sendiri.


oh. kalau awak tanya diorang, mestila diorang akan kata salah saya. kalau awak tanya saya, sama saja, saya akan kata salah diorang.


lelaki India tersebut terdiam. sambung menghisap rokoknya. i hate ciggarete.


sambil bersembang dgn lelaki India tersebut, saya cuba buat muka baik. senyum sekali sekala sambil tak menyalahkan secara total pada penunggang motosikal.


segalanya berjalan dgn baik. takde pertegangan urat dan seumpamanya. abg saya dtg dari tempat kerjanya. dia memakai jaket hitam. patutla jaket itu takde kat almari tadi!


abg saya saya kira berpengalaman sikitla dlm hal2 ni, sebab dah banyak kali jugak involve dlm accident mcm ni, sbb die penunggang motosikal!


bla bla bla, saya serahkan pada abg saya. pandaila dia nak runding dgn mamat India tadi, ayah si gadis tadi, yg rupanya India muslim (sumpah saya ingatkan India mana la ni, tetibe dtg). ah. mana aci 2 lawan 4. ada seorang pak cik Cina juga yg tinggal berdekatan, tiba2 dtg. dia juga support saya sedikit sebanyak.


agaknya kerana terlalu lama, masing2 pun dah diminishing marginal utility, mood pun dah berkurang, mereka pun dah boleh bergelak tawa dgn lawak2 mamat India tadi. abg saya pun pandai la manipulate situation. nasib baik la abg saya tu hensem, gadis tadi pun yg dari tadi mengetatkan mukanya, boleh senyum pulak bila abg saya mengajukan soalan berkaitan padanya.


mamat India tadi pun, bertindak seolah2 dia lah mastermind kat situ, padahal dia hanyalah kawan pada ayah gadis tadi. tapi dia pun bertindak waras. walaupun tadi macam nak tunjuk gaya samseng.


terbanglah RM80 saya. hmm.


dlm hati saya kesian pun ada. entah. mcm teruk je. saya katakan, brake motor, luka dan baju je yg saya boleh bayarkan, itu pun sikit jela yg saya mampu (malasla nak pegi bank). tapi bayar RM80 je. ish. cukup ke tu? ah. saya buang dulu perasaan tu ke tepi. dah tu, kau nak bayar berape? Rm200?


settle. kan senang. semua org took it easy. bak kata India mastermind tu, pengalaman la kan. awak student, dia pun student. senang hati saya kalau bekerja dgn dia. barangkali dia pernah alami lagi teruk accident dari ni. so, takat langgar sikit je, malasla nak layan. hehe.


pulang ke rumah, saya masih lagi dihantui perasaan kesian tersebut. kerana merasakan RM80 tu tak cukup. sedangkan saya rasa mmg salah saya tadi.


argghhh!!! sudahla. ni pasti sebab saya banyak buat dosa. tuhan nak hukum. sob3.


tiba2 saya teringat sesuatu. semasa saya masih dlm sekolah memandu, sebelum meraih sekeping P. oh. takkan la ni sebab utama! mana mungkin! tak tau. perasaan je semua ni!


test berkomputer dan test JPJ. markah minimum ialah 42 dan 16 respectively.


dan itulah markah saya utk kedua2 test tersebut.



.

20 June 2009

last post at college!

tamat.


tamat sudah segalanya. this is the end. aku lepas ni, tak tau la bile, mungkin sekarang, mungkin lepas ayah aku datang kejap lagi ke, mungkin selepas jam 12 tgh malam nanti ke, atau bila saja, aku tak bergelar lagi sebagai pelajar KYUEM.


oMG, this is my last post at KYUEM!


org sume dah balik. so, internet pun laju la sekarang. hahahaa


kat rumah takde internet. dulu ada la, streamyx. pastu router die dah tebakar kena sambar kilat, sudah. susah sikit la nanti. hmm. nak update blog, jauh sekali.


alah. dah cuti. blog2 mulalah berlambak2 dgn post2 sedih.


biarkan. peduli apa. nanti kau org rasa tau la macam mana rasanya.


ape aku nak tulis ni. hmm.


ni aku tulis ni masa tgh tunggu ayah aku dtg, sbb tadi lepas event Awards Day, ayah aku pegi KL jap, jumpa kawan dan lawat adik aku kat UIA yg baru bape minggu je register situ.


seminggu lepas exam, agak kekosongan. sebenarnya minggu last exam lagi dah rasa agak kekosongan, dek kawan2 ramai yg balik rumah.


lepas exam, kawan2 ramai yg sudah memulakan movie marathon. ingatkan apa, rupanya menonton movie secara berturut2 tanpa henti, melainkan utk keperluan asa tubuh manusia, termasuklah sembahyang.


saya bukan minat pun tonton movie. lagi2 citer2 jiwang2 la, korea la, ish. entah nape tak minat entah. biarla org kata, citer korea ni best giler, bapak best, tok neneyk moyang best, best tahap dewa dewi petala ketujuh, saya apa kisah. dgr je korea, tak minat. bahkan, movie English biasa pun tak minat.


langsung kebosanan. takde mende nak buat.


lepas exam, kadang terasa jugak bila tgh2 tengok movie tu, rasa macam tak kena pulak sebab sebelum ni study je, susah sgt nak dapat masa senggang, walaupun banyak je sebenarnya masa yg disenggangkan sendiri. hehe.


lepas exam, terus saya rasa kesakitan di seluruh badan, di sendi2 jari, kepala terutamanya, dan sebagainya. petang harinya, sudah mula rasa sedikit panas, dan sejuk pada masa yg sama, dan badan terasa lemah, atau dlm kata mudahnya, diserang demam. aduh. seharian mengaduh.


hari kedua lepas exam, iaitu hari esoknya lepas paper terakhir, diserang sakit kepala pulak, berdenyut2 tak henti2 bagai ular kena palu. gila. kalau saya baring dan menidurkan diri, bangun semula, sakit kepala tinggal dlm 25%. bila nak mandi, air menyiram kepala, saya mula terjerit2 seorang diri kerana chaletmate yg lain ke dining hall menjamah lunch. keluar bilik mandi, mulalah tercari2 dinding dek ketidakseimbangan yg tinggi dialami.


oh. saya baru lepas menyebut perkataan chaletmate. lepas ni saya tak punya chaletmate dah. yg tinggal hanya kawan2, tanpa mengira kau duduk Kg Seberang ke, apartment ke, man2 jelah. huhu. sedeh.


hari ketiga lepas exam, sampai hari saya sedang menaip post ni, saya masih mengalami selsema., batuk dan sakit tekak. namun, sekarang dah kurang sikit, sakit tekak tak lagi. hehehe. kalau tak, selsema itu bukan saja berhingus, malah hingus yg berdarah. arhghhhh...


seminggu terakhir ni agak sibuk. macam2. pagi2, kadang2 sibuk mengacau junior yg sedang bersarapan, memandangkan mereka harus ke kelas. saya tukang gelak saja ye, kawan saya yg mengada2.


contoh.

weh, aku dah lupa kat mana tandas dowh, maklumlah, dah lame takde kelas. dah tak pegi Acad Block dah.


makin dekat hari hujung, makin sibuk. dgn MOC lagi. haish. reherseal Awards Day lagi.


hari Awards Day. suruh datang pukul 9 suku di Japanese Garden atau sekarang namanya Zen Garden. pukul 10.10 baru perarakan masuk para graduan2 KYUEM yg tampan2 dan menawan2 belaka. diikuti para tenaga pengajar.


tahun ni. tetamu kehormat ialah seorang berketurunan diraja, yakni DYTM Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah. sebagai kenangan, sebuah sekolah telah dinamakan dgn nama raja muda ini, iaitu Sekolah Menengan Agama Raja Dr. Nazrin Shah yg terletak di Kg Gajah, Perak, berdekatan dgn MRSM Pasir Salak yg sering dikatakan kekurangan fasiliti.


ucapan, bla bla bla, tiba masanya utk sijil tamat pengajian disampaikan pada para graduan. naik stage, sembah, jalan, bow depan raja muda, salam, amik scroll, turun tangga, amik gambar, terus ke tempat duduk asal. seringkas itu. ah. tak puas berada atas stage. haha.


bla bla bla, awards demi awards disampaikan, akhirnya majlis sampai ke penghujungnya. aarrr..... masing2 sudah mengeluh. huhu. tak mau tinggalkan kolej tempat umur kami meningkat 2 tahun ini. tak mau tinggalkan kawan semovie, rakan sesilat, dan sebagainya.


selesai. sesi bergambar pun bermula.


tak larat la nak buat laporan tak rasmi ni.


kesimpulannya, hari ni aku akan tinggalkan bilik aku, tempat aku menghabiskan masa, study, tido, bersiap ke kelas, dan sebagainya. tinggalkan chalet aku yg merupakan antara tempat yg paling jarang sunyi tanpa kehadiran kawan2, even waktu exam. tinggalkan kolej tempat aku belajar Accounting dgn Pn Nor Ain, walaupun sedikit frust tak dapat awards best Accounting student (hoho~), Maths dgn Pn Mazurah, Physics dgn beberapa cikgu, antara yg terlama ialah Papa Chew kegemaran ramai, dan Economics oleh Pn Zaihan, yg begitu mengajar kami menjadi independent learner.


kat kolej ni jugakla aku kenal bermacam2 org. semuanya baik2 dan sgt friendly, supportive.


kat kolej ni jugakla aku belajar macam2, emosi, kematangan, kepemimpinan, lumrah kehidupan, hidup bagai roda, ah. banyak la. tak tersenarai kesemuanya kat sini.


kolej ni jugakla yg menjadi saksi hajat hati yg tak kesampaian~......






semuanya hanya tinggal kenangan~


.

14 June 2009

sebab apa?

tiada kerja. update blog lagi. atau, dlm bahasa santainya, bercerita.
tiada kerja, hari ni saya keluar ke Mid Valley, dek kebosanan di chalet.


biasanya, ada kawan, saya akan kurang rasa rindu pada family di rumah, dan sebaliknya, bila bersama family di rumah, lupa sekejap rindu pada kawan2.


right now. jauh dari kawan. jauh dari family. woo~


tanpa saya sangka, sebelum sempat saya menjamah nasi lemak di dining hall utk breakfast pagi ni, kawan2 menegur saya, mungkin agak terkejut saya makan dlm kuantiti yg sedikit berbanding biasa.


eh, apasal kau makan sikit sgt ni? ni nasik lemak last kite kot!

argh. sudah. sebut perkataan 'last', 'terakhir' dan sebagainya, mulalah nak emotional. percayalah, dlm minggu ni, pasti bersepah blog2 dgn post2 menyatakan perasaan masing2 meninggalkan kolej, meninggalkan kawan, meninggalkan cikgu, itu, ini, bla bla bla.


cukup.


semasa di Mid Valley, singgah di Jusco. utk membayar sehelai seluar slack, saya terpaksa beratur panjang. di belakang saya, seorang foreigner, tapi beristerikan seorang cina. heheh.


lagi beberapa org sebelum sampai giliran saya utk membayar, saya teringatkan sesuatu. alamak. nak kena keluar dari queue ni. mcm mana ni.


excuse me, can u please reserve this place for me for a while?

tanya saya pada lelaki foreigner di belakang setelah berfikir beberapa kali, nak tanya ke tak.


yeah, sure.

sambil tersenyum, lelaki itu menjawab.


setelah saya kembali utk masuk semula ke dlm barisan beratur, isteri foreigner yg berbangsa cina tadi seakan memanggil2 saya seolah berkata 'ha, kamu. pegi mana tadi? meh sini masuk dlm queue'. ah. kan senang hati mcm ni.


selain ke Mid Valley, saya turut menemani kawan saya ke Plaza Lowyat, yg bagaikan syurga bagi peminat2 gadget, barang2an komputer, dan sebagainya. alang2 kawan saya ingin membeli sebuah kamera baru, saya ingin singgah ke kedai tempat saya membeli kamera saya dulu, kedai kamera, yg bukan hanya dipenuhi oleh satu2 brand kamera saja, iaitu utk mengadu masalah lens dan tempat letak bateri yg longgar, padahal baru je dibeli. malang sekali, saya terlupa bawak warranty card.


baik. saya ubah tujuan. nak menemani kawan saja, sambil mencuci mata dgn gajet yg entah kenapa saya gila2kan. kalaulah saya punya banyak duit, pasti saya borong kesemuanya. hahahaha. materialism itu semua. cewah.


utk tujuan itu, saya sarankan sebuah kedai kamera di Plaza Lowyat tersebut. Fotokem. tak berapa banyak pilihan kamera yg ada. kawan saya nasib baik dah survey awal2 kamera yg nak dibeli. maka, tak banyak makan masalah di kedai kamera tersebut. shockproof dan waterproof antara ciri2 utama kamera kawan saya itu. tahan jatuh setinggi 1.5 meter, setinggi dagu saya kot, dan ditenggelami air sedalam 3 meter. kalau setakat ambik gambar dlm swimming pool atau ketika menyelam di pantai2, takde masalah. skrin LCDnya diperbuat dari kristal berkualiti tinggi. wah. hebat. namun, saya tak tertarik dgn semua itu.


sementara kawan saya sedang borak2 dgn jurujual di Fotokem tersebut, seorang lelaki, remaja Cina berkaca mata, saya tertarik dgn sebuah kamera yg ada di situ, model baru dari Nikon.


brader, mau tengok kamera boleh?


tengok? boleh.


i mean, test.


ya la, boleh. mana 1 u mau?



wah. ramah betul cina ni. seronok saya selaku pelanggan dilayan sebegitu. sudahlah senyuman tak pernah hilang dari mulutnya, walaupun rambutnya bercacak sana sini dan diwarnakan coklat.


saya menuding jari pada kamera yg terletak di kedudukan yg tinggi dlm rak itu. rm1500 harganya kalau dibundarkan pada ratus terdekat.


dgn senyuman, setelah diambil dan diletakkan bateri, diserahkan pada saya tanpa banyak cakap. saya senang hati dgn jurujual seorang ni, walaupun cina.


yg saya kagum, sementara saya membelek mengambil beberapa snap gambar dgn kamera tersebut, yg mahal itu, lelaki tadi mcm tak kisah aje. macam tak takut pun kalau2 saya melarikan kamera tersebut, padahal saya rasa, boleh je saya buat kalau saya nak. sudahlah tu, dia pergi sambung layan semula kawan saya yg sedang membelek2 kamera shock dan waterproof nya itu. seolah2 saya punya kebebasan sepenuhnya ketika itu utk membuat apa saja dgn kamera yg harganya mencecah 4 angka itu.


puas. saya malas nak cuba banyak function dari kamera tersebut, sbb ada 1 model Nikon lagi yg saya minat giler. duit cukup, tapi memandangkan banyak lagi benda yg boleh saya lakukan dgn duit tersebut, saya pendamkan saja hasrat itu. kamera itu pun lebih kurang je dgn yg saya dah ada sekarang. tak banyak beza, selain dari megapiksel yg lebih tinggi. lagipun, kau kan ada kamera dah. dah la Iman oi. nak ape lagi :p


brader, Nikon model *** ade tak?


ooo.. takde stok ma. sini jarang sikit ambik Nikon punya stok.


tak mengapalah. bukan apa, teringin nak mencuba dgn tangan. sebelum ini, kamera idaman itu hanya saya lihat pada skrin komputer aje. huhu.


saya pun letak la balik kamera tu. tak mau pulak nanti pegang lama2, cina itu makin berwaspada pulak dgn saya. tak best la org bersu'uz zhan pulak dgn kita. hehe.


weh, aku pegi kedai Nikon sana tu kejap tau.


kawan saya mengiakannya.


saya tak bawak warranty card. nak mengadu kamera mcm mana. jadi, sambil berjalan, saya silangkan tangan di belakang, berjalan perlahan2, memanjang2kan leher melihat kedai demi kedai, kamera demi kamera, memang gaya seorang yg tak punya niat utk membeli pun.


saya melangkah masuk ke kedai tersebut. terdapat 3 org di situ, seorang lelaki cina, remaja juga, seorang wanita Melayu, yg saya rasa umurnya 35+ tahun, dan seorang gadis cina.


langkah masuk ke kedai, saya berhadapan dgn lelaki cina tersebut.


ya bang. cari kamera apa?


oh. mau tengok2 aje.



tangan masih saya silangkan ke belakang. biasalah tu, jurujual2 pasti akan cuba mengambil hati pelanggan2 masing.


tengok kamera apa? DSLR ka?



ah. ya.



saya diamkan diri. memanjang2kan leher melihat kamera2 mahal yg berada dlm rak di kedudukan yg tinggi.


u mau tanya apa saja, tanyalah. saya boleh bantu.


saya balas dgn senyuman. barangkali lelaki itu sudah faham, saya bukan sebenarnya mahu membeli. tapi bak kata org, window shopping. tapi, saya dpt lihat kesungguhannya utk membantu pelanggannya, utk memuaskan hati pelanggan yg dtg.


dan, perasaan sakit hati saya mula dtg selepas itu.


Nikon model *** ada?


saya bertanya, dgn hasrat mahu mencuba kamera idaman tersebut, memandangkan Fotokem tadi tak ada.


lelaki cina tadi bersuara pada wanita Melayu tadi, yg berada di sudut lain dlm kedai tersebut, menyebut model yg saya sebutkan tadi.


wanita Melayu yg layak saya gelar mak cik itu kemudiannya menaip2 sesuatu di komputer di hadapannya. dgn tanpa secubit senyuman pun di bibirnya, mak cik itu membalas pada saya.


rm1480. boleh?


*anda baca perkataan boleh di atas sama macam cth ayat ini :


aku boleh buat ni wei, terel tak aku. kau? boleh?

bukan macam dlm ayat :

saya nak, awak siapkan kerja ini sebelum pulang nanti. boleh?


kalau ayat pertama tu, seolah2 ada hidden 'ke' selepas perkataan boleh itu, yg bila digabungkan, menjadi 'boleh ke?' atau dgn kata lain,


MENGHINA!

MENYINDIR!

MEMANDANG RENDAH ORG LAIN!


marah betul saya dgn mak cik tu. saya terdiam sebentar mendengar ayat dari seorang jurujual sebegitu.


ikutkan hati.. hee..! geram.


come on. lek Iman. cool bro. buat je mcm biasa ok.


saya mengangguk2 aje sebagai balasan dari mak cik itu tadi.


err...kalau kamera yg macam Nikon *** ni, dgn yg macam tu (sambil mengunjuk pada kamera 'gedabak besar' dlm almari kaca di hujung kedai), beza tak?


saya rasa soalan ni kurang cerdik. saya mengaku.


yg ni, lens dia tak boleh tukar, yg itu boleh.


jawab mak cik itu nak tak nak. oh. saya berpuas hati dgn jawapan itu. tak pernah terlintas di fikiran saya.


mak cik tadi kemudiannya mengambil sebuah kamera dari dlm almari kaca di belakangnya.


ni la Nikon *** kan?


ye.


saya kagum. wah. kamera idaman saya ada di depan mata, walaupun saya tak berhajat nak beli pun. cuba angkat. letakkan di atas tapak tangan, dan mencuba2 viewfinder, tangan kanan di butang utk mengambil gambar. selesa. takde berat sgt. saiznya pun no komen. alangkah bagusnya kalau kamera ini saya dapat saya miliki.


tahu viewfinder? viewfinder itu ialah sejenis tingkap kecik di bahagian atas kamera (biasanya), utk 'meneropong' imej yg anda ingin rekodkan. kalau nak guna viewfinder ni, photographer biasanya akan memejamkan sebelah matanya, sambil siku dirapatkan ke badan sekaligus menutup ketiak, which is utk mengurangkan gegaran semasa mengambil gambar, selain dari 'nampak cool'. haha.


ada 2 jenis viewfinder. optical dan electronic. ada perbezaan ketara antara keduanya, dan masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2. saya tahu, kamera idaman saya yg ada pada tgn saya ini menggunakan elevtronic viewfinder, dan kamera 'gedabak besar' itu menggunakan optical viewfinder. tapi sengaja buat2 tak tahu.


apa beza viewfinder yg ni dgn yg itu ek?



ape? viewfinder?


saya dah mula rasa tak best. mak cik ni betul ke tau struktur2 kamera, feature2, dan sebagainya ni...


viewfinder, yg ni electronic, yg tu optical viewfinder kan?


hah? ape die? electronic ape?


balas mak cik itu dlm suara sedikit tinggi, dan dahi dikerut sedikit di samping kening kiri dan kanan dirapatkan. saya diam beberapa saat. tarik nafas. cuba 'kembali' ke mood asal.


hello mak cik, awak yg kerja kat sini, awak pulak yg tak tau. saya tanya awak, saya pulak yg nak kena explain. kalau awak tak tau, cakap aje. heee.... geram.


die ade 2 jenis viewfinder kan, electronic dan optical kan. yg ni electronic, dan yg tu, optical kan....


saya pulak yg nak kena explain. dlm hati dah naik menyampah dgn mak cik tu. tak pernah nak kuntumkan senyuman walaupun 1 cm.


yg ni pakai electronic viewfinder kan, ape beza kalau pakai electronic dan optical viewfinder?


tanya saya walaupun sebenarnya saya tau kalau pakai optical viewfinder, kurangla makan bateri berbanding dgn electronic viewfinder.


electronic? ape yg electronicnya? sini semua digital ok. kedai barangan digital. kalau barang elektronik takde sini. barang2 elektronik tu macam rice cooker, kettle, bla bla bla


HOI MAK CIK! APEKAH?????? AWAK PAHAM KE TAK SAYA CAKAP NI??? AWAK TAU KE TAK APE YG SAYA TGH TANYEKAN NI??? KALAU TAK TAU, CKP JE TAK TAU, SENANG!!! TAK PAYAH SAYA NAK ULANG BANYAK2 KALI!!!



jawapan saya dlm hati. fed up. geram. tension. sakit ati. sume ada.


saya tarik nafas sekali lagi. lek bro. sabar ok.


viewfinder, viewfinder, ni ha. yg ni (sambil menunjuk ke bahagian yg sepatutnya, nasib baik betul, hati saya berbisik). yg ni LCD. viewfinder lawannya LCD, optical lawannya digital.


aduh. yg itu aku tau la mak cik oi. mcm la aku ni bodo sgt pasal kamera. ke, yg tu je yg kau tau?


oh. mungkin saya tersilap, ianya digital viewfinder instead of electronic viewfinder barangkali.


oh. kalau gitu, apa beza optical viewfinder dgn digital viewfinder?



saya rasa salah. saya pasti, ianya electronic viewfinder. maka, soalan di atas tak saya tanyakan. malas nak argue panjang, nanti gaduh pulak, saya diam aje sambil mengangguk sedikit.


yg ni, skrin LCD dia boleh adjustkan?



tanpa bersuara, dgn muka masam, mak cik itu tolong mengadjustkan skrin LCD tersebut. saya belek2 dgn buat2 muka kagum, padahal, dah hilang mood dan sgt menyampah dgn kelakuan mak cik tersebut. rasanya mahu saja diletakkan kamera itu dgn baik, dan menghempaskan penumbuk sulung pada almari kaca tersebut sampai pecah.


nyampahan saya rupanya kemudiannya makin bertambah bahkan menjadi perasaan bengang dan, ... eee!!!


err.. nak cuba boleh? testing.



saya ambik yg baru la, ajar awak guna terus.



aik. mak cik oi, aku bukannya nak beli. saja2 nak tengok2, try2. takkan salah kot. tadi bukan dah cakap ke.


tak, err... saya nak tengok2 je.



ooo... nak main2 je la ni ye?



saya angguk sambil cuba sedaya upaya mengukir senyuman dlm penuh keterpaksaan.


bukan saja dgn muka masam, lebih teruk lagi, saya turut dibalas


ooohh. maaflah encik. sini bukan kedai utk main2.


saya pandang mak cik itu. tiada lagi senyuman utknya.


diam. tiada jawapan dari saya. dgn buat tak tau, dan sudah rasa macam 'baik aku blah je dari layan mak cik &*%^$%$^#%$ ni'.


saya masih memegang kamera tersebut dan mencuba2 beberapa function. buat tak tau je kat mak cik tu. bengang.


kawan saya dtg mengajak saya blah, saya ternampak gadis cina tadi, yg dulu saya beli kamera di kedai yg sama, tapi dgnnya. sgt ramah dan bersopan santun pada saya, cekap dlm hal2 kamera, processor, dan sebagainya.


sakit hati dan bengang.


dlm kesakitan hati dan kebengangan itu, yg hanya di fikiran saya utk jawapan utk soalan 'sebab apa mcm tu?' ialah bangsa atau usia?.



.


13 June 2009

telco II

(sambungan post di bawah).


maunya tak marah. saya dahlah sebenarnya tak nak gunakan line, nanti proses pembayaran bil jadi sgt complicated dan tension. bagi sayalah.


nak dijadikan cerita, gadis promoter tersebut sebenarnya ada ckp,


dlm sim kad ni ada kredit rm50 free utk abg cuba selama sebulan bla bla bla.


saya pun dah tanya beberapa kali, betul ke free ni? sbb bodohlah kalau saya ambik no tu sedangkan ada hidden charges. of courselah dari mula lagi saya tak berminat.


saya pun dah pening. trial exam utk A Level dah dekat. saya mahu fikir pasal tu nanti.


tangguh lagi sebulan.


selepas sebulan.


saya sedang menduduki exam A Level pulak.


ayah saya pula hantar sms, memaklumkan bil celcom tertunggak sebanyak rm13.95.


kebengangan saya dtg balik.


bayangkan. anda tak pakai walau sesen pun even utk sms sekali pun, call jauh sekali, bahkan tak nak pun pakai bil sebenarnya, tapi tak pasal2 bil sampai ke rumah.


masa adik saya sms dulu, rm13.50. maknanya pembayaran bil sudah saya delaykan selama sebulan, kerana mahukan tumpuan pada A Level. hasilnya? bunga pun naik, itu yg jadi rm13.95 tu.


banganglah!


dlm hati saya sumpah2 Celcom, dek kerana promoter hari tu yg memberikan maklumat yg salah. sume free. walhal saya dah tanya lebih dari sekali, utk memastikan tiada pembayaran2 atau tunggakan2 macam ni. tak sukalah berhutang :)


saya mengeluh bila ayah saya call pulak bertanyakan mengenai hal itu.


1111


celcom careline. saya dail dari no celcom upax saya, sebab talian itu tanpa charge. kau cakaplah panjang mana pun.


err..hello. saya Muhammad Nur Iman dari bla bla bla... saya nak tanya sikit lah pasal status akaun celcom saya, yg saya pakai sekarang ni, prepaid ke postpaid?


lebih kurang mcm tu la dialog saya.


err. sebentar ye encik.


lagu diputarkan. lalalala~


err En Nur Iman ya, no yg encik pakai ni no prepaid encik.


tak ingat sangatlah. tapi saya bertanyakan pasal kewujudan no 017 saya dlm line celcom, dan operator tersebut menafikannya, dan mengatakan akaun itu dah pun deactivated beberapa bulan lepas. ok. fine.


boleh saya tau, sepanjang jangka hayat no line celcom tersebut, ada call ataupun sms track tak?


err. sebentar ye En Iman.


lagu diputarkan sekali lagi. lalalala~


ye En Iman. takde.


tapi kenapa ada bil sampai kat rumah saya ni?


ok. saya start tinggikan sedikit suara menandakan penegasan. hehe.


(beberapa perbualan berlalu)


Oh utk pengetahuan En Iman, itu adelah charge setem, charge GPRS, charge bla bla bla so semua sekali rm13.95.


saya lawan lagi.


macam ni...saya dapat no ni dari seorang promoter, katanya everything is free. yg saya tak puas hati ni, kenapa ada bil sampai kat rumah? sedangkan saya tak pakai langsung pun kan.


oh itu mungkin kesilapan promoter kami. saya mintak maaf banyak2 utk kes itu. boleh saya tau kat mana kejadian tu?


ok. saya sebutkan nama stesen bas tersebut sambil menceritakan serba sedikit mengenai kisah hari itu.


tentang promoter tu, kalau Encik tau nama dia, mungkin lagi senanglah kami nak ambil tindakan. tapi kami mungkin akan ambik tindakan pada syarikat branch berkenaan.


habis saya ni mcm mana?


dlm hati saya dah mengharap sgt perkataan 'tak payah bayar' keluar dari mulut operator tersebut. haha.


mcm ni la En Nur Iman, utk sekarang, En bayar je dulu bil tu, nanti kalau saya buat laporan, dan kalau dapat, duit En akan kami kembalikan.


macam mana nak bayar bla bla bla bla.


call berakhir. 30 minit+.


maklumlah. mana pernah saya pakai bil. nak bayar kat mana dan prosedurnya pun manalah nak tau. better saya tanya je semua benda, hatta soalan kalau kat Tjg Malim, kedai apa yg dekat boleh bayar? pun saya tanyakan.


ini prinsip saya. everything should be made clear right from the beginning. cewah. tapi ayah saya selalu tekankan bab ni. ada sekali tu, saya dan ayah naik kereta, utk pulang ke kolej. ada seorang kawan mahu tumpang, dia tunggu di kedai ini, depan sana sikit.


ayah saya marah.


kedai macam mana, kedai nama ape, kat depan die ade kedai ape ke bla bla bla. tanya lah.


saya diam. turut aje.


bagus jugak. kalau tak mungkin saya dah diperbodohkan oleh ejen2 promoter syarikat telekomunikasi lagi dgn tawaran2 ape2 entah


saya sedikit reda mendengarkan ayat tersebut.


saya sedang berada di kolej. nak keluar susah pulak semata2 utk bayar bil. nak bayar online tak boleh. saya hantar sms pada kakak saya, mintak dia bayarkan dulu.


hasilnya, mangkuk yg saya terima.


laa..mangkuk betul la ko ni patutla bil ko asyik sampai kat rumah je. ha tengokla nanti org balik Ipoh. org kat KL ni.


sms dari kakak saya. saya balas


ape plak. org celcom tu la mangkuk bla bla bla bla


saya ngomelkan dlm sms. nasib baik sms aje. kalau call, atau ckp face to face dgn dia, pasti sudah saya maki hamun sekalian klien2 celcom yg terlibat.


selang beberapa hari lepas tu.


nombor yg tak dikenali menelefon saya. missed call. saya call balik.


hello, ni En Nur Iman ya?


err. ye saya.


nama saya Zura, baru2 ni En Nur Iman ada komplen kat celcom ke?


ok. saya dah mula memikirkan mcm2 seraya menceritakan kisah hari itu di stesen bas.


dipendekkan cerita. Zura tersebut cuba mengexplainkan keadaan yg sebenar, tentang charge sebenarnya yg patut dibayar, sebenarnya tak free la, apa la bla bla bla, sambil cuba memujuk saya supaya tak buat report pada celcom. ini antara dialog2nya.


ala En Iman, jgnla komplen kat celcom. nanti syarikat branch kami kat sini kena saman pulak, kena tutup, Zura takde kerja. En Iman nak ke Zura tak dpt kerja?


hello. apa aku kisah kau kerja ke tak. bukan nak ceritakan pulak disadvantages of unemployment pulak mcm dalam Economics, tapi nak buat macam mana. promoter kau yg salah bg maklumat, dan aku cuma mangsa. sepatutnyalah aku buat laporan. lagipun, laporan pada celcom yg saya call haritu dah pun dibuat. buat ape nak pujuk jgn report kat celcom lagi?


pujuk si Zura lagi.


ala En Iman, kita settle ni kita keluar makan ok? saya belanja.


saya tepuk dahi. barangkali dia berkata begitu setelah dapat tahu saya berumur 20 thn, dan Zura itu mungkin sebaya atau beza setahun 2 dgn saya je. ajakan itu sebenarnya diulang beberapa kali bila saya still tak mengalah.


OK, SAYA SETUJU YG TU!!!


cewah. sorila saya nak bagi jawapan mcm tu.


tak, saya cuma mcm tak puas hati selagi saya kena bayar bil tu.


rm13.95. banyak ke? banyak la. sbb saya tak gunakan walau sesen pun. lainlah kalau saya ada guna sampai rm10 ke, 11, 12, 13 ke.


pujukan ketiga.


jgn la marah Zura, Zura ni kerani je. promoter tu Zura kenal, Farah nama dia. tapi tak rapat pun dgn dia.


sudah. tak larat dgn pujuk rayu kau. yg aku nak gantirugi. takat keluar makan, kenyang, kat dining hall kat KYUEM ni pun dah cukup enak bagi saya.


saya tertunggu2 jugak kalau ayat ni yg si Zura itu nyatakan.


ala, rm13.95 je, bayar je la Encik Iman. takkan itu pun berkira..


pasti saya akan balas.


habis, rm13.95 tu bukan duit ke? hello. 1 sen pun duit jugak tau. boleh hantar 1 sms.


tapi takde.


perbualan telefon itu diakhiri dgn pertanyaan dari Zura berapa jumlah tunggakan tersebut. saya tak ingat. perlu refer pada sms yg ayah saya pernah hantar beberapa hari lepas.


2 minit lepas tu, dia call semula. saya nyatakan jumlahnya.


ok la En Nur Iman. bil tu nanti bos saya akan bayarkan.


betul ni?


betul.


bila boleh bayar?


hari ni pun boleh.


ok. nanti dah bayarkan, inform saya ok.



YES!!!





.

telco


lagi mengenai syarikat telekomunikasi di Malaysia.


kalau dulu saya komplen pasal syarikat Maxis, hingga membuatkan saya bertukar ke no U.O.X dgn berjayanya, tanpa dapat disekat oleh mana2 agen maxis pun.

saya tak tukar pun. cuma sekarang menggunakan 2 nombor. tujuannya, malas nak bagitau sume org dlm phonebook tu tentang penukaran nombor baru. tambah2 kawan2 lama. entah hidup lagi tak nombor diorang. buat penat je anta sms pemberitahuan.



kali ini Celcom.


suatu hari, saya pergi ke stesen bas terkenal di Ipoh, Medan Gopeng, utk membeli tiket bas utk pulang dari bercuti, ke kolej semula. kawan saya ada pesan suruh belikan utk die sekali. ok. maka, apa2 keputusan perlu dibincangkan. saya sms dia sambil duduk di kerusi2 menunggu yg disediakan. suasana memang riuh walaupun org tak ramai mana.


tiba tiba.


Err..bang. abg ada masa sikit tak? saya - (entah apa nama dia entah) - dari celcom branch Pasir Putih, err.. nak tanya sikit. abg sekarang pakai no ape?


maxis dgn celcom upax.


err..mcm ni abg, celcom ada buat promosi pelan baru ni, pelan rm50 dan rm200..... bla bla bla...


tapi saya dah ada dah no celcom dan maxis. lagipun yg ni bil kan. saya tak pakai pun sampai rm50 dlm masa sebulan...


takpe bang. ini utk rm50 bulan pertama ni pek percubaan, kami bg free. takde charge ape2. abg ambik ni, nanti boleh cuba dlm sebulan.


and then lepas sebulan?


lepas sebulan, kalau abg nak terus pakai, abg pakai, kalau tak nak abg boleh buang lah.


ok. dipendekkan cerita. offer punya offer, bla bla bla pot pet pot pet, saya setuju. wah. duit free (menurut promoter tersebut) org bagi. sape taknak.


ok abg, ni borang kami, mintak no IC abg?


proses pendaftaran bermula. saya isikan borang dgn maklumat2 diri termasuk no telefon kedua2 maxis dan celcom yg baru dibeli.


ok. abg kejap ya. mintak IC boleh? saya nak pegi photostat kejap.


ni photostat ni nak kena byr ke?


arr...tak payah. tak payah bayar ape2.


saya pegang segala dokumen2 gadis promoter tersebut sambil dia menghilang pegi photostat IC saya. dlm hati, cuak jugak. sesenang bagi IC kat org. tak nak buat lagi lepas ni.


selang 4,5 minit, gadis tadi kembali.


ok bang. dah siap register semua, ini sim kad ni abg ambik, nanti dlm 48 jam dia akan activate ok?


saya setuju je. selamat IC saya. fuh.



ini dipanggil number portability. baru saya tau. kekalkan no yg sama, tapi rupanya line celcom. cthnya, 017 *******, tapi, bila hantar sms, chargenya mcm charge ke telco lain.


dlm 2 hari, no maxis saya ditukar ke line celcom tersebut. line ya. bukan prepaid.


saya terkejut. sangka saya, no celcom saya yg akan ditukar ke line tersebut dari prepaid.


alamak. mcm mana ni. beberapa jam kemudian, seorang rakan menghantar sms ke no 017 saya. sudah. maknanya, dia dicaj 15 sen, instead of 1 sen (activ10). saya tak balas sms tersebut. sebab disebabkan terkejut dgn penukaran no maxis saya ke line celcom, bukan prepaid saya bercadang tak mahu menggunakan walau 1 sen pun line baru itu. nanti saya call celcom, mengadu hal ini, tentang mahu kembali ke no asal maxis, dan tentang kesilapan promoter tadi, memberikan maklumat yg salah. saya jadi takut. nanti tak pasal2 nak kena bayar bil. saya pakai prepaid sekarang pun dah cukup selesa, sbb penggunaan yg berapa sgt dlm sebulan.


saya reply sms kawan itu dgn no celcom prepaid.


proses penukaran semula ke maxis berjaya beberapa hari lepas tu. no maxis saya dikekalkan, tapi ditukar dari celcom line (yg dioffer oleh promoter tersebut). hasilnya, no fresh maxis. hilang segala rekod2 sebelum ni, padahal dah hampir 8 thn nombor tersebut digunakan. aduh. diresetkan balik.


ok. mission accomplished. no activ10 saya pun perlu diactivatekan semula.


saya pun pulang ke kolej dgn happy nya.





beberapa minggu kemudian.


saya dapat sms dari adik saya di rumah.



weh, ko punye nombo celcom tu prepaid ke line?



prepaid la, upax. nape plak?


ni apesal ade bil dari celcom ni, nama ko...




sape tak marah???



.

04 June 2009

aduh

hari ni tamatnya paper ketiga saya dari kesemua 6 paper A Level.


paper ini membuatkan saya tertidur di bilik sebaik saja pulang ke kediaman kerana terlalu tension walaupun MCQ je.


persediaan saya : buat past papers sebanyak2nya. dari tahun 2003 sampailah 2008 dan setiap tahun tu ada 2 sesi, may/june dan oct/nov. maknanya, saya dah menghabiskan 12 paper kesemuanya.


alhamdulillah. soalannya agak ringan bagi saya. kalau ada salah tu, mungkin tersalah baca, atau buat dlm ngantuk2, overlook information, atau tersalah tekan kalkulator sekali sekala.


sebaliknya yg berlaku.


paper hari ni sgt lah membuatkan saya bermasam muka berkerut dahi sampai ke saat saya menulis ayat ini, bahkan mungkin berlarutan sehingga keesokan hari.



3 dari beberapa perkara yg saya tak gemar tentang paper yg kurang hasam ni :



1. soalan dan jawapan yg diberi bersangatanlah panjang berjela2 dgn segala mak nenek dirapukan sekali utk mencukupkan 3 baris ayat.

macam kau nak cakap pasal a company purchases a business, and find the goodwill that arises during the purchase.

kalau mcm dlm exam tadi : a business had been experiencing a falling profit for several years due to increasing interest rates. therefore, a company had agreed to purchase the business so that they can bla..bla..bla..bla..bla.. during the purchase, mamat ni entah apa masalah dia, ada overdraft bank la, hapa la, bla..bla..bla............

and then pilihan2 jawapan yg diberi pulak kesemuanya memerlukan penelitian setiap perkataan dgn sgt jitu dan tepat. yelah, real exam kan. itu 1 hal. hal lain, setiap soalan disertakan 4 pilihan jawapan. setiap pilihan tu pulak, jawapannya on average mampu memenuhkan 1 baris dari kiri ke kanan kertas A4.

seolah2 nak berjalan dari kediaman lelaki di KYUEM ni, ke surau. tapi utk ke surau, anda perlu melalui cafe, menaiki tangga, pergi lalu di taman Greenthumb, naik acad block, pergi IT Lab jumpa Mr Ravi kejap, singgah di toilet membetulkan tali pinggang dan rambut sedikit, berjumpa dgn cikgu anda yg anda baru ponteng kelasnya tadi di tgh jalan, kemudian singgah ke Admin berjumpa abg Midun tanya khabar bla bla bla bla bla bla bla baru sampai ke surau.


2. kalau sebelum ni katakan nak ada soalan pasal combination of investments that will maximise the revenue. ya, kali ini ada juga. saya sedikit seronok. tapi, kalau dulu, anda hanya perlu mengconsider katakan 1 atau 2 investment je. kali ni, anda perlu consider sampai 3 atau 4 investment. pulak tu, katakan dulu, diberi investment 1, investment 2, investment 3. kali ni, investment V, investment W, investment X dan sebagainya. sambil menjawab soalan saya membaca sedikit di mulut, sudah. beberapa kali tersasul tertukar V dgn W, V dgn X, bla bla bla...


ok. cukup. tak ramai yg ambik Accounting. saya tau. maka tak ramai nak minat kalau saya terus menerus membincangkan segala Accounting terms ini. tak payah cerita yg ketiga pulak.


kesimpulannya, paper hari ni amatlah kurang hasam <-- ini perkataan paling sopan saya boleh gunakan dlm blog peribadi ini.



.

31 May 2009

cakap depan2 tu!


ini cerita seorang kawan saya di kolej yg aman damai ini.



beliau terkenal dgn telatah yg melucukan. gemar melawak. sering bergurau. kadang2 lawaknya sgt menghiburkan.


haha. saya tertawa sebentar mengenangkan beliau yg tak lama lagi akan berpisah. sob. sedih.


tibe2 sedih.



mari dgr sedikit cerita pengubat sedih anda yg masing2 akan meninggalkan kolej midst Malaysia verdant upland ini.


hari itu. seperti biasa, saya pergi ke kelas. Maths. ok. by sekarang, kelas Maths saya sudahpun sampai ke penghujungnya dgn rasminya, setelah menamatkan 2 paper A2 Maths, Mechanics dan Pure Maths, yg saya mempunyai interval selama 2 minggu antara 2 nya.

teori saya.


dekat2 nak exam.

dekat2 nak habis kelas.

dekat2 nak tinggalkan kolej.



pelajar2 makin menjauhi kelas.




Cikgu M mempunyai 3 kelas Maths senior, kelas saya, kelas kawan saya, dan kelas kawan2 saya yg lainnya.

jumlah pelajarnya mmg ramai. tapi kelas saya mmg ceria. bak kata org, havoc. cewah. cikgunya pula penyayang. saya suka kelas Maths saya. :)


dekat2 nak exam, pelajar2 sudah ramai yg kelas masing2 ditamatkan. tapi tidak utk Maths. maka dgn itu, Cikgu M pun mensarankanlah pada semua pelajar2nya dlm 3 kelas tersebut, utk hadir saja bila kelas beliau, which means, regardless kelas mana pun. campur2 saja semua. kelas saya saja berbelas2, emm. lebih 15 org rasanya. 2 kelas lagi tak kurang juga ramainya.


bayangkan. kelas saya saja yg lebih kurang 15 org itu pun sudah crowded. inikan pula dicampur dgn bukan 2, tapi 3 kelas sekaligus.


tapi Cikgu M membuat pengumuman tersebut bukan bersahaja. beliau kenal akan students beliau.



hari itu, sesampainya saya ke kelas, bilangan pelajar ketika itu kurang dari bilangan jari pada tangan kanan @ kiri @ kaki kanan @ kiri saya sahaja, 5 (lima).


teori saya terbukti.


ok. cukup. ini cerita sebenar yg ingin dibawakan. sumpah saya dah melalut ke cerita lain.


rakan saya itu saya initialkan beliau dgn A.



saya pun tak tahu apa masalah beliau.


tapi setiap kali ingin memanggil, menyebut nama Cikgu M, pasti nama Puan H yg terkeluar dari mulut beliau. Puan H juga adalah salah seorang cikgu yg pernah mengajar A, tapi dulu, sekarang tak lagi.



sumpah saya katakan,


muka Puan H dan Cikgu M is totally different. in fact, Cikgu M memakai spek mata, yg baru ditukar.

anda sendiri lihat, M dan H. nak sebut pun menggunakan bukaan mulut yg berbeza. bunyinya pun jauh berbeza. kalau dlm soalan MCQ, ada pilihan M dan H, saya pasti org takkan menggunakan bantuan contoh perkataan utk membezakan 2 abjad tersebut.

Cikgu M dan Puan J ya, ada sedikit similarity, seperti kawan saya pernah katakan, Puan J seakan2 Cikgu M yg dia pernah confuse ni Cikgu M ke Puan J ni? lagipun kedua2 mereka memakai spek mata. tapi, Puan J tak mengajar A. tapi, tak pernah pulak nama Puan J yg terkeluar jika A tersasul.

Cikgu M dan Puan H kedua2 mereka department yg berbeza. mmg tiada kaitan pun (bagi saya) antara keduanya. mcm seseorang boleh tak menyukai subjek yg diajar Puan H, tapi sgt menyukai subjek yg diajar Cikgu M. kan totally different tu kan? contohnya, kau tersasul memanggil cikgu di department Literature and English dgn cikgu di department Physics atau Chemistry.

Tempat Cikgu M dan Puan H pun bukan di bilik dalam pintu yg sama. bahkan, kalau dari desk Cikgu M, mahu berjumpa Puan H di tempat beliau di department beliau, perlu melalui 4 atau pintu atau lebih, setelah anda berjalan kira2 seminit atau lebih, dan melalui 3 tempat yg berbeza suhunya (setiap department dipasang air conditioner). itu pun jika anda mahu strightaway. kalau tak, lagi banyak pintu2 dan berminit2lah masa yg diambil antara 2 deparment tersebut. malah, anda mungkin perlu menggunakan tangga, turun dan naik semula.

House. Cikgu M dan Puan H bukanlah dlm 1 house yg sama. bahkan, none of them pun yg 1 house dgn A, utk A kelirukan. utk pengetahuan, student2 dan cikgu2 di sini dibahagikan mengikut 4 house yg berlainan.

ah. banyak lagi utk saya nukilkan <--betul ke penggunaan ini? ini pun sudah cukup buktinya utk saya simpulkan yg Cikgu M dan Puan H memang banyak beza antara keduanya.



sudah banyak kali. kalau nak kata masa awal2 dulu tersasul nama tak mengapa jugalah.


Cikgu M sudah naik muak bila A seakan meminta maaf dek memanggil beliau dgn nama org lain.


note : ada 2 beliau. pandai2lah bezakan ye.


kadang2, bukan. selalu juga. bahkan, dekat2 nak exam ni, bila mahu bertanyakan soalan yg tak difahami, pasti nama Puan H yg terkeluar dari mulut beliau.


cth 1 : Cikgu M sedang mengajar Maths di depan. A di belakang kurang mengerti. lalu diangkatnya tangan.


Err..Puan H, macam mana pulak kalau macam ni macam ni...[saya tak ingat dialognya secara exact]?

Cikgu M, lahh... sambut yg lain membetulkan nama yg dipanggilnya itu.


anda bayangkan kalau anda ialah Cikgu M. anda nak jawab ke soalan tu?


nasib baiklah Cikgu M seorang yg penyayang, dianggapnya itu sebagai 1 lawak sampingan, sebagai penceria kelas. Cikgu M buat2 marah dan buat2 merajuk. pengajarannya terhenti.


kerap kali.


kerap kali terjadi sebegitu.


bila mahu memanggil Cikgu M, nama Puan H yg terkeluar. anehnya, bila memanggil Puan H, tak pula nama Cikgu M yg terkeluar.


cth 2 : A dtg lambat ke kelas pagi. lambat 15-20 minit. dgn muka baru bangun tidur dan rambut yg separuh basah kerana baru mandi, A tersengih2 ketika membuka pintu utk masuk ke kelas, sambil Cikgu M memandang beliau, bukan. 1 kelas memandang beliau.


1 kelas memandang beliau yg tersengih2 di depan, di pintu kelas. saya ulang. semua.


Minta maaf Puan H, tadi saya .....


habis bising 1 kelas membetulkan panggilan itu lagi. masing2 tepuk dahi sambil marah ala2 bergurau (tahu bukan macam mana caranya?).


sekali lagi saya bertanya, kalau andalah Cikgu M, apa tindakan anda? nasib baiklah Cikgu M seorang yg penyayang. anaknya pun sudah 7 org. comel2 lote semuanya.


bayangkan. nak minta maaf dtg kelas lewat 15 - 20 minit, tapi menyebut nama org lain. aduih.


Puan H kelas dia bukan kat sini, kat LT2 (Lecture Theatre 2) tu! balas Cikgu M.


Cikgu M dlm post ini saya tukar panggilannya kepada 'Cikgu'. sebenarnya kami sekelas memanggil beliau dgn gelaran 'Puan' di depan, bukan 'Cikgu'. tapi saya tukar sebab nak memudahkan utk membezakan Cikgu M dan Puan H.


di saat2 akhir beberapa hari sebelum last class utk Maths. senior2 bakal berjuang menjawab soalan Pure Maths paper 3 yg sgt ditakuti ramai. masing2 trauma akan insiden tahun lepas, yg menyebabkan sebilangan besar pelajar menitiskan air mata teresak2 sebaik direleasekan dari Great Hall, tmpt mengambil exam.

sejak itu bila sebut P3, masing2 seakan kecut perut. anda tak bukan? saya tahu anda hebat.


ah. asyik taip Puan, Cikgu, Puan, Cikgu. lama kelamaan, perkataan itu seakan aneh di pandangan mata saya.


hari itu.


sebenarnya ini ialah sambungan dari part di ataaas sekali, di paragraph yg ada 'hari itu' di permulaannya itu.


dengan bilangan pelajar yg hanya lebih kurang bilangan jari tangan kanan saya saja itu, still, ada pelajar yg masih terdetik utk dtg ke kelas. seperti si A.


kali ni beliau dtg lambat lagi. namun Cikgu (Puan) M sudah bagaikan tak kisah. saya katakan, kan beliau penyayang. hehe.


setibanya A di pintu kelas, mcm biasa sambil tersengih, dia menuju ke meja tempat Puan M berada, meja cikgu yg biasa seperti dlm kelas biasa, di hadapan.


Puan M bagaikan sudah dapat menjangka.


Ha, itu nak panggil Puan H lagi la tu!
pantas Puan M memotong sebelum A sempat mengeluarkan perkataan dari mulutnya.


Eh, takdelah Puan. hehe. sori saya lambat..bla bla bla...


pelajar2 lain yg sudah berada di tempat duduk masing2 mula mengungkit2 cerita A yg selalu tersasul memanggil nama org lain utk org lain, backing Puan M. kelas mula riuh dgn kedatangan beliau, tambah lagi bila kisah2 kesasulan itu diungkit semula. apela A la, dah akhir semester, itu la, ini la, semua dihamburkan pada A. Puan M diam saja.


A tersengih2 lagi. duduk di sisi sebelah kanan meja Puan M. betul2 di kanan Puan M. right at her right. dekat.





Ala, sorila, Puan H, saya tersasul dulu tu....






awas KPM students, anda mungkin akan mengalami pengalaman yg sama kelak! hehe. saya harap tidak.



.

24 May 2009

tengok tu


hari ni rasa nak update lagi. haish.

dahulu rasanya sudah bertekad. tak mahu update lagi. exam dah dekat.


baik.

lebih 2 minggu saya tak bukak blog.

lebih 2 minggu saya tak baca blog org.

update blog?jauh sekali.



sekarang?



pagi itu. habis kelas yg pertama, blok 1, Accounting. minta pada cikgu utk sesi bergambar kenangan bersama. hehe.


semua nama2 mentioned dlm post ni saya letakkan inital je. dgn tujuan dirahsiakan, walaupun mesti ada org akan boleh teka dgn tepat dan cepat.



ah. sudah terlewat utk ke Maths, blok 2. hari ni ade test p3 pulak. langkah dipercepat.

sampai2 ke kelas, masih huha huha. menandakan test belum bermula secara rasminya.


1 jam 45 minit.


arghhh....nak memerah otak utk 10 soalan.


tension.


beberapa soalan tak dapat dijawab.



geram.


test tadi bermula pada pukul 9.05 pagi. maknanya akan tamat pada jam 10.50 pagi.

walhal, 10.45 ialah waktu utk blok 4 pulak, Economics, yg bertempat ni New Block, atau glamour dgn panggilan LBBS --> Lembah Beringin Business School. anehnya, ada cikgu English (IELTS) yg membuat kelas di situ. di kelas Econs saya pulak tu. sudahnya, kami pulak yg tak berkelas. bila tanya, ada kelas ke tak, jawab, takde meaning, tiada bilik utk diadakan kelas, bukannya kelas dibatalkan dsb.


test tamat pada jam 10.40 pagi. ah. biarkanlah. test ala2 exercise je.


test tamat awal disebabkan ada sesi bergambar utk kelas Maths pulak. kerusi sudah siap disusun.


huha huha huha


habis bergambar, terus ambil beg. saya sudah lambat ke kelas Econs. langkah dipercepat. tak mahulah lambat sebegini.



sampai2 di New Block, baru saya teringat.



di mana agaknya kelas saya? (di mana, bukannya kelas ade ke tak)


aduh. saya keseorangan di. org lain semua sudah masuk ke kelas. classmate Econs pun sorang pun saya tak nampak batang hidung mereka ketika itu. koridor sudah lengang tanpa org yg berjalan2 mundar mandir. macam mana ni?



talian hayat 1 : call a friend.
talian hayat 2 : go to RC and ask friends.
talian hayat 3 : A (cari kelas kat mana sebenarnya) atau B (pulang ke chalet).



talian hayat 1.
call classmate.


tujuan : bertanyakan di mana kelas sedang diadakan kerana rasa macam dah lambat je time tu. dalam kepala sudah terbayang, ah, nanti masuk kelas semua pandang2 pulak, lambat.


call 1 :

Hello, S, ada Econs tak ni?

emmm...

Hello? ade kelas tak ni?

Emm..takde kot.

(sambil tertawa) weh, ko kat mane ni?

........atas katil.


dah agak dah.

saya lihat jam. 10.52 pagi.


kurang hasam.


saya teringat seorang lagi classmate yg bagi saya boleh katakan agak jarang ponteng kelas Econs tak bersebab, denoted by 'S' juga, tapi bukan S yg di atas.


call 2 :

doo..doo..doo..saya tekan phone, cari nombor S.


tuut.


tuut.



tuuut.


setelah beberapa kali tuut, panggilan tak diangkat,


cis.


last. kali ni pasti berjawab dan persoalan saya ada kelas ke tak pasti terjawab, saya cuba reach N.


call 3 :

sebaik tekan butang hijau (call), bateri terus mati. arghhhh..... kosong. ada 1 lagi handphone spare, tapi tiada kredit.


kurang asam lagi sekali.


ahhh. macam mana ni? sudah runsing.



talian hayat 2.

dgn rasa bersalah sbb memonteng kelas dgn sengaja, saya ke RC. huhu.



dlm hati, Maapkan aku Puan Z. huhu.

dlm masa yg sama


alah, ko bukan salu ponteng kelas. sekali sekala takpela.
alamak, ramai je yg ponteng Econs, mcm dah tak heran je dah kalau ada org ponteng.


tak guna. itu hasutan belaka.



di RC, rasa tak senang. cuba cari classmate lain, kot2 mereka ada di situ.


ada, si S (bukan S pertama, bukan S kedua). lega sedikit.


saya pun buat apa yg patut. discuss soalan p3 tadi sedikit, cek emel kejap.


saya tanyakan pada K, pelajar Puan Z juga, tapi blok lain.


K, ada Econs tak?

mane aku tau, kau. aku belum lagi, blok 6 lepas ni kot.

takdela, aku pegi tadi, tapi kelas kat mana pun aku tak tau.

kat tingkat atas takde?


saya terdiam. alamak. bertambah balik kegusaran dek memonteng kelas. sudah jam 11.05 pagi. ah, nak ke kelas semula, lambat dah ni. alang2 lambat, tak yah pegi jela.


saya dihasut sekali lagi.



talian hayat 3.
balik chalet.


harapnya ada jawapan utk persoalan saya.


ah. susah hatinya rasa kalau memonteng kelas sebegini.


sesampainya saya di pintu chalet, saya lihat di tangga, ada selipar si S (yg kedua, yg saya call tapi tak diangkat).


tak guna kau S. aku susah2 tunggu, susah2 call kau sampai mampus bateri handphone aku, kau senang lenangnya lepak kat chalet aku sambil memonteng Econs.



kasut ditanggalkan. bukak pintu, masuk ke dalam chalet.




ini jawapan yg saya terima.


si S kedua sedang berkain pelekat, tidur mengerekot macam udang dibakar dgn sedapnya di lantai yg sejuk beralaskan toto sambil memeluk bantal 2, 3 bijik.


si N baru bangun tidur beberapa minit lepas tu saya dapat tahu.




seolah2 macam hari cuti je.



hampeh!!




.