07 January 2009

apahal ni.

hari ni. ya. ini mmg betul kena dgn title blog. hari ni entah kenapa rasa nak menceritakan tentang hari ni.

hari ni rasa mcm takde mood pulak. bukannya pagi hari dimulai dgn aktiviti yg tak best pun.

belajar complex number dgn Mr Michael Alderson.

wah, betuahnye ko dpt die! pecayelah ko mesti akan jatuh cinta dgn die dlm masa yg sekejap je.

kata seorang kawan.

blok 5 menyusul. akhirnya blok 5 aku is permanently free. hehe kalau dulu, ptg selasa, mesti kene masuk LT2. malaysian studies.

blok 4 agak kurang exciting, x mcm maths td. kata madam zaihan, ada test. rupanya open test. essay. fuh. menggugat ilmu econs aku yg dah lama ditinggalka sungguh. essay A2. sudahlah essay 1st tu agak kependekan. essay bhgn (b) agak menguji. madam zai expected us to write an article. ah. gimana sih.

lepas blok 4, no more. tu je. blok 2 dgn 4. melalu lalang kat board kejap, kot2 ada notis baru. ya. arabic fellowship meeting after asar prayer kat surau. teruskan perjalanan ke chalet, dgn melalui jalan ke cafe. tetibe ade something yg buat aku rasa mcm tak senang hati. sesuatu yg mcm pernah mengingatkan aku kepada suatu peristiwa suatu masa dulu yg tak best. biarkan. cuba melupakannya.

terserempak dgn org yg tak asing lagi bg aku, yg dah 6 minggu tak nampak. tiba2 aku rasa mcm tak berapa berkenan dgn panggilan die kat aku, bila kami berselisih. aku senyum je. buat2 mcm tak kisah. menganggap ia sebagai gurauan je.

balik ke chalet, safari still tak mau connect ke internet. aduh. another problem. dah penat usik sana sini, proxy dan sebagainya, still tak mau, runsing juga dibuatnya. last2 tido je. hizbul ada test chemistry. zaaba dan shuk ada kelas maths. aku? tido kat chalet.

lepas siapkan keje p3 sikit, bukak laptop. taip sesuatu utk 'mengapa'. agak panjang. tak tau mcm mana nak pendekkan. mungkin terpaksa buat beberapa siri, sambungan. mls jugak sbnrnya. sbb nanti mcm terikat nak habiskan post yg tu jugak.

lepas solat asar, meeting arabic fellowship, terus ke tempat budak2 bangsawan garnet bekumpul. acad 3. walaupun ada signboard situ, sampai sekarang aku masih tak dapat ingat dgn betul, yg mana 1 acad 2 dan 3. mungkin ingat lepas aku tulis ni. bangsawan. again, ada something yg tak best bagi aku sorang,yg pernah jadi dan mempunyai kaitan dgn bangsawan. bila pegi ke tempat dorang bekumpul tu seolah2 membangkitkan semula suatu feeling terhadap suatu yg berlaku suatu masa dulu. ceh. apasal pulak ni. chill lah bro. ah. lupakan saja. barang yg lepas jgn dikenang.

ptg yg paling ... sekali. sumpah. tak main petang i felt like kehilangan a part of my life. tak keruan dibuatnya. hanya mampu menengok construction di sana sini. hanya tengok org main game komputer je. winning eleven. ptg yg sgt tak berguna dan ... emm. speechless.

burger kyuem. hari ni daging dan rotinya agak memuaskan. tahniah kepada Piee, walaupun bukan dia yg masak. juga staff2 dining hall. tgh makan, tiba2 rasa mcm kelainan. dining hall agak sunyi. kurang org. tambah2 di sebelah kiri, jika anda baru masuk dan menghadap ke kaunter. dlm pd masa yg sama, bermacam2 jenis manusia yg masuk ke dh. ya. satu meja dgn 1 meja. kebanyakan meja2 tersebut menyerlahkan suatu jurang yg wujud di antara pelajar2. anda pasti tahu jurang yg mcm mana.

habis makan, tray pun dah tinggal sisa2 sos je, termenung kejap. melihat pelbagai gelagat2 manusia. teringatkan muslim2 di palestin. hari tu terbaca metro, israel sampai bila pun takkan takut dgn org islam, selagi mereka belum mengamalkan ajaran islam yg sebenar. selagi bilangan jemaah subuh di surau/masjid menyamai bilangan jemaah ketika solat jumaat. itulah yg dimenungkan. bila agaknya masa itu akan sampai? wallahua'lam. bila ia akan sampai ia akan sampai.

satu lagi. beli nasik kat cafe. nasi goreng ayam. ya. tak puas hati dgn masakannya. ayamnya agak keras dan buat cincai2. nasiknya pun keras2. seolah2 digunakan bhgn nasik yg atas, yg dah mengering dan mengeras tu utk digoreng. tak pun digunakannya kerak nasi utk dibuat nasi goreng ayam tu. akhirnya, org lain yg habiskan. aduh.

sudahnya, sampai ke malam mcm hilang mood. agak bermacam perkara yg berlaku menyebabkan mood itu hilang. serasa mahu tido je. tapi essay econs (b) belum siap lagi. aduh. mcm mana nak karang article ni. harap akan siap. harap hari esok ialah hari yg menggembirakan aku dan semua org. kepada seseorang yg dah tag aku, tapi aku belum langsaikan, maaf ye. nanti aku buat ye. dah siap sebenarnya. tinggal nak post je lagi. anda pastinya nak berlatih memberikan anak murid kerja sekolah. hehe.




05 January 2009

saya kata

Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?

Semuanya.


Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?

Set folio, potong rambut, dan roti krim gardenia. Tak tau kenapa, tapi mengidam pulak roti tu rasanya.


Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?

Masjid la. Akad nikah kan.


Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?

Hampir 10x saya baca soalan ni, namun masih gagal memahami kehendak sebenar soalan. Nasib baik bukan mcm soalan exam, yg takde choice lain dah. Nak tak nak kena buat.


Adakah anda dilamun cinta?

Tak.


Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?

Restoran tomyam …. Lupa nama penuhnya. Tapi paprik dia mmg best.


Namakan buku terakhir yang kamu beli?

Secret of Mind Power. Saya belinya di Jusco pada awal Julai. Sehingga saat ini, saya telah menghabiskan sebanyak 27 muka surat dr 175.


Apakah nama penuh kamu?

Muhammad Nur Iman bin Mohammad Fadzil. Saya dan ayah saya, kedua2 tak memiliki Manan dlm nama masing2.


Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?

Dulu mak. Skrg ayah. Kalau ada jwpn ‘kakak’, saya akan pilih yg itu.


Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?

Rasulullah S.A.W


Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?

Ramailah. Bak kata afiqah, nanti ada yg kecik hati pulak tak terlist.


Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?

Dulu, saya pernah kata pd 2 org kawan, chalet saya menang chalet terbersih semasa Health Awareness Week 2008 di KYUEM. seorang kata tahniah, sorang lagi kata ‘ala tu pun sbb ada (nama dirahsiakan)’. Nak tanya, ade muka pemalas ke saya ni?


Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?

Syurga. Wallahua’lam.


Pelukan atau ciuman?

Rujuk jawapan soalan 4.


Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu

Muka mcm kawan saya, perangai jauh beza.

Tinggi.

Motivated.

Diam berisi.

Periang. Entah. Ye kot.


8 perkara yang amat saya gilai buat masa sekarang

Weblog

YM

Pendrive 32gb

Mp4 ke 5 ntah. Yg touch screen tu.

Handset.

Laptop

Coolpix L18

Takde idea la. 7 jela ye?


8 perkataan yang sering di ucapkan

Emm.

Ala.

Woh.

Macam.

Ape2 jelah.

Opp! (sambil melambaikan tangan pd org)

Takde.

Opocot engkau!


8 buah buku yang paling terbaru dibaca.

Formula Solat Sempurna

Wasiat Agama dan Nasihat Iman

Taqarrub Mendekatkan Diri Kepada Allah S.W.T

Pure Mathematics

Mazhab Shafiee

Diari Islam

Reader’s Digest

Concise Student Dictionary


10 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.

Haritu minta 5. ini 10 pula. Baiklah, 5 sudah saya senaraikan dlm post ‘tagging’ dlm ‘mengapa’.

Sebuah pertemuan – inteam

Rakan selawat – raihan

Lafaz yg tersimpan – unic

Lebaran ini –brothers

Junjungan mulia

Cahaya selawat

Damai yg hilang

Cebisan kenangan

Dan sebagainya


8 perkara yang saya pelajari tahun lalu

Bagusnya. Soalan bernada muhasabah. Tapi ‘tahun lalu’ membuatkan saya berfikir dgn mendalam sekali, kerana setahun. Jangka masa yg lama. Begitu juga dgn perkataan ‘pelajari’ membuatkan mindset saya kata ‘ini berkaitan pelajaran ni’. Kesimpulannya, saya pun tak larat nak fakir lama sgt, dlm sgt sampai setahun, maka, ini jwpn saya. Kalau diikutkan, panjang berjela2. tapi ni yg sempat melintas dlm kepala saja.

Accounting

accounting ratios dan

costing yg membosankan.

Mathematics

differentiation yg menyeronokkan

intergration yg memeningkan

Economics

market structure yg agak mengelirukan

national income yg menarik, tapi cepat lupa.

Physics

gravitational field dan

circular motion yg best, tapi saya amik Physics AS je.


Mari men'tag' 9 orang lain.

Yg saya nak tag, semuanya sudah ditag. Nak buat macam mana?

02 January 2009

the ambivalences



saya memang tak suka.malas. atau kadang2 mungkin boleh ke tahap benci --> membaca. mungkin sebab itu saya selalu menghadapi masalah utk mengulangkaji pelajaran Economics.

tapi dlm ketaksukaan itu, semenjak dua tiga menjak ini wujud pulak minat saya utk menatap bahan2 bacaan yg ada di rumah ni. sama ada mmg saya punya, kakak saya punya, mahupun yg diberi cikgu2 di kolej, Accounting terutamanya. begitu juga juga blog2 kawan2 yg ada saja cerita2 menarik utk dibaca. macam2 blog yg memaparkan cerita2, fakta2, karya2 yg menarik, menyentuh, dan berbagai emosi lagi. terfikir juga, masa cuti bolehla baca. nanti sudah semester 4 di kolej, bila mahu baca?blog lagi?terupdatekah?saya kata, tunggu dan lihat.

akhbar tak ketinggalan. sejak kebelakangan ini saya mula rajin membelek akhbar. tambah pula ayah saya memang pelanggan tetap akhbar The Star yg harganya RM1.20 tu. apalagi, kebelakangan ni, mcm2 cerita dlm akhbar yg menarik perhatian saya. namun begitu, tak berminat pula rasanya ingin menyelak halaman sukan. pernah saya baca fakta tentang surat khabar. kajian dari mana entah. tapi saya fikir ada juga betulnya.

akhbar : muka depan memaparkan berita kegagalan manusia. muka belakang memaparkan kejayaan manusia.


semalam, saya dapati tiada akhbar seperti biasa utk dibaca. baik ketika sarapan, mahupun makan malam. tiba2 hari ni ada 2 media massa tersebut di atas meja makan. masing2 bertarikh 31 dec dan 2 jan. makan sambil membaca akhbar mmg menyeronokkan. tapi ada masalah juga. makan yg lambat dan boleh mengakibatkan pembaziran. kerana? kajian mengatakan manusia akan makan utk 20 minit yg pertama saja. selepas itu seseorang yg masih lagi makan dikatakan sudah hilang mood utk makan.

sebenarnya, perasaan saya nak baca akhbar ni didorong oleh rasa simpati yg teramat sgt kepada rakyat2 palestin yg hidup dlm ketakutan, tak ketentuan hala, dan sebagainya. bukak akhbar, terus saya rujuk ke list kandungan berita di dalam. bahagian world, saya akan cari berita yg ada perkataan 'Gaza' atau 'israel'. mengingatkan saya betapa tak ternilainya nikmat kedamaian di Malaysia yg sering diambil ringan. tatkala saya sedang menaip, saya fikirkan apalah agaknya yg sedang saya buat kalau saya merupakan seorang remaja 19 tahun di negara suci Islam tersebut. macam manalah kalau saya sendiri melihat adik saya yg 3 tahun ini cedera parah or even mati dimamah bom israel di depan mata.

macam2 perasaan wujud dlm diri tatkala membaca berita dr negeri di timur tengah itu. selak punya selak, baca dan terus baca, ada 2 berita yg menarik perhatian saya yg sedang makan nasik berlaukkan ikan taucu ketika itu.

israel says no to calls for truce with hamas.
defence minister warns of weeks of conflict in 'all-out-war'

dan di muka sebelah,

anger around the world
indonesian groups recruiting mujahideen to fight israel.



saya pernah terbaca suatu buku, mengatakan bahawa suatu hari nanti, islam akan bangkit dr negara timur.org2 yahudi akan diperangi dan dibunuh beramai2 ketika itu. hinggakan jika mereka menyorok belakang batu, batu atau apa saja yg menjadi tempat perlindungan mereka itu akan bersuara, wahai org islam, ini ada yahudi dibelakangku, marilah dan bunuh dia! org2 yahudi akan cuba melarikan diri dlm 2 puak (tak berapa ingat detil lain seperti tempat), kemudian puak yg di belakang akan hilang disedut bumi. masyaAllah. rasa mahu menangis menantikan kejadian itu berlaku. menangis kegembiraan dan kekerdilan.

31 dec dan 2 jan punya akhbar. 2 tarikh yg berbeza. di antara tarikh tersebut semua sudah maklum apa yg berlaku di seluruh negara, tatkala saudara di palestin bermandi darah dan air mata.


muka depan. 31 dec 2008.

be good tonight.


muka depan 2 jan 2009.

new year ruckus.





29 December 2008

rabun oh rabun

Semua org tahu rabun tu apa. Dah belajar pun masa di sekolah. Kalau tak silap dalam matapelajaran Sains (bukan science ya) syllabus tingkatan 2. Ada 2, rabun jauh dan rabun dekat. Saya dah tak berapa ingat sangatlah pasal punca kedua2 rabun tersebut. Apalagi nak mengenalpasti struktur dalaman mata itu seperti retina, kornea, ligamen penggantung, kanta mata, dsb.

Saya berkaca mata. Bermakna, saya rabun.

Ada juga org yg tanya,

kau rabun dekat ke, rabun jauh?

Dgn kecetekan ilmu sains tingkatan 2, saya pun menjawab,

rabun dekat tu org tua jelah. Andaian sendiri.


Saya mula rabun sejak dr darjah 4. Pernah semasa suatu kelas Matematik, saya yg duduk di belakang tak nampak soalan di papan hijau. Cikgu itu, Cikgu Salina namanya, kata,

Ala. Kesiannya… buatlah cermin mata.

Kata org, kalau banyak membaca dlm gelap, atau terlalu kerap menghadap komputer merupakan punca utama seseorang mengalami rabun jauh. Tapi, masa saya di tahun 4, di rumah belum pun ada komputer.

Sejak tu power mata saya terus meningkat dan terus meningkat. Sekarang pun dah meningkat, patut sudah ditukar kantanya. Sekarang, saya kena buang rasa malu, duduk di barisan hadapan apabila ada apa2 pun, kelas terutamanya.


Ada org memakai cermin mata utk tujuan bergaya. Macam Arnold Schwarzennegger dlm filem Terminator (1,2,3 & 4 – bakal dikeluarkan). Ya. Kadang2, saya yg mmg kena pakai cermin mata ni pun rasa mcm tu. Ianya mcm aksesori. Apalagi, cermin mata saya ni jenis yg tebal. Kalau di sekolah saya dulu, masa saya balik ke sekolah dgn bingkai cermin mata baru, yg hitam tebal, mereka katakan

old school,

skinhead (kebetulan saya kerap kali membotakkan kepala ketika itu),

otai. Saya pekakkan telinga dan senyum je.

Kat kolej pula, saya bela rambut belakang hingga panjang. Ada pula org kata

mat rempit.

Samseng pun ada.

Entah. Ditambah pulak dgn perangai saya yg jarang bercakap dgn banyak. Ahh… entahlah. Biarkan. Saya senyum je bila org ckp camtu. Tak hairan pun.



Pernah terbaca post dlm blog kepunyaan Haq, yg beliau menyuarakan kerimasannya memakai cermin mata. Haha. Saya tertawa sedikit semasa membaca post itu.

Saya akuinya. Kejap2 nak betulkan. Nanti kalau senget, kan dah nampak tak lawa. Kena baiki, tukar. Nak solat, kena tanggal. Nanti sujud ada pula anggota2 sujud yg tak terkena tempat sujud.

Bagi yg berkaca mata tanpa bingkai, lagi susah. Kadang, terlanggar apa2 benda, even kawan sekalipun tanpa sengaja, kalau terkena cermin mata tu, dah susah. Kena buat baru kalau cerminnya retak. Tak pasal2 kawan tu kena keluarkan duit atas alasan, dia yg langgar.

Masa mula2 pakai, malu juga. Dtg sekolah hari pertama berkaca mata, tahun 5 waktu tu. Ada Pendidikan Jasmani pagi tu. Saya dtg, semua org pandang. Diam. Yg laki buat biasa saja. Yg perempuan mula berbisik2 sesama sendiri. Saya buat dunno.


Paling tak tahan, jika alat bantu melihat saya itu ditanggalkan kerana mahu mandi atau mengambil wudhu’. Selalunya masa nak mandi lah. Setakat ni belum pernah lagi saya jumpa org mandi dgn memakai cermin mata. Kecuali cermin mata berenang (google). Di rumah atau di kolej, sama saja. Sebelum mandi, saya tanggalkannya.

Selepas mandi, mata pun mulalah melilau mencari cermin mata tadi. Sudahlah power rabun saya kuat. Terkulat2lah saya mencari. Kadang2 sampai saya mengeluh, mencari cermin mata yg tak ketemu. Pernah di rumah, saya mengambil masa begitu lama (paling lama saya rasa) utk mencari cermin mata, lepas mandi. Jenuh. Sudahlah lampu depan tu rosak. Cari di meja depan takde, atas almari takde. Atas drawer takde. Bawah kerusi ke, mana tau adik main, terjatuh. Takde jugak. Daripada mengeluh, saya menjerit, geram sehingga menarik perhatian abang dan adik2 saya. Mereka pun ‘meminjamkan tgn’ mencari bersama. Atas katil pun takde. Buntu. Tempat yg biasanya saya telupa ada di situ pun sudah saya cari, bilik air.

Lebih kurang 15 minit mencari, dgn saya pun dah kebuntuan, rupa2nya atas almari, terhalang oleh laptop abg saya yg baru diletakkannya sebelum mandi tadi. Sigh*. Terlambat 15 minit utk solat maghrib.



Pun begitu, kadang2, saya suka juga cermin mata ni. Suka bila saya tak memakainya.

Dulu, masa form 3, kawan saya kata muka saya mcm nak makan org bila bukak cermin mata, tenung dgn muka masam. Menakutkan kata mereka. Haha. Saya pun sukalah buat mcm tu masa tu.

Lagi 1, bila bukak cermin mata, dgn power yg sgt kuat, saya hanya nampak sekeliling dgn warna dan bentuk yg samar2 saja. Kalau kwn2 bercakap, saya cam mereka dgn suara, bentuk fizikal, baju yg dipakai, dan seumpamanya. Dgn itu saya dpt mengenali siapa yg sedang bercakap. Kalaulah mereka bercakap dgn saya, tanpa memandang ke arah saya, tak mungkin dpt saya tahu bahawa mereka sdg bercakap dgn saya.

Cth : bila saya ke masijd menunaikan solat jumaat, ketika bercuti di rumah. Kerapkali tersua rakan lama sekolah, memandangkan semuanya duduk berdekatan. Sudahlah saya ni kurang sikit ramahnya. Kalau tak ditegur, nanti kata lupa kawan, sombong pula. Jadi, dgn itu saya tak pakailah cermin mata ketika keluar bersolat jumaat. Lagipun, khubah hanya wajib didengar. Bukan perlu dicam siapa khatibnya. Kalau ada mereka sekalipun, tak perlulah saya tegur mereka. Kalau mereka kata, kenapa tak tegur, saya jawablah,

Oh, aku tak nampak haritu, tak pakai spek.

Haha. Malasla. Bukan apa. Kalau saya tegur, pasti keluar soalan

Kau kat mana sekarang?.

Saya pun menjawab

KYUEM,

dan semua org dah dpt agak balasan dr mereka selepas itu,

Hah? dan pelbagai versi jawapan lagi yg masing2 pernah mengalaminya.

25 December 2008

pertama-tamanya



assalamualaikum.

ni dah kali keberapa aku buat blog ntah aku pun tak tau.sbb buat, pastu delete balik.fuh.tapi ini blog kedua aku.selepas 'mengapa' dilancarkan bertepatan dgn tarikh 1 disember lalu.jadi lepas ni senangla sikit aku nak mengira dah berapa bulan umur blog aku tu.sebut pasal tu aku teringat pulak pasal accounting principle.time time interval.dlm soalan exam, bolehla, die bagi everything in exact date mcm 1 hb in any month or even 1 january.to simplify the case bak kata pn ain.tp practically,there'll be no such thing kan.

baiklah.bukak saja blog ni, org mungkin akan kata wah, iman.gagahnye sampai ade 2 blog.entah bila boleh update.well.aku akan cuba sedaya upaya.dulu byk kali aku cadangkan pada chaletmate2 aku, nak buat blog p-20.malangnya tak mendapat sambutan.seorang tu, bila aku ckp cmtu, respon die hanyalah jom! je.tanpa ada apa2 tindakan lanjut.ok.faham maksud beliau.seorang lagi pulak, respon die malasla.nanti sape nak update?kalau nak org bace, kenelah rajin update. ok. faham. tu aku rasa merupakan salah satu beliau ingin menyatakan respon negatifnya terhadap ajakan aku utk membuat blog p20 tu. sudahnya, dlm p-20, aku yg buat blog dulu.diikuti p-20-b dan....p-20-a?entah.aku pun tak tau bile die ade blog.tp die ade katenye.

atau, bukak saja http://imanmanan2.blogspot.com, mungkin ada yg kata ah.biru lagi iman ni.template ni pun aku edit html je dr template yg die bagi tu.jenuh betul.tp takpe.jenuh masa mula2 je.edit dekat warna2, dan saiz je.yg lain2 tak usik.nak download sgt memeningkan.sbb susah nak carik yg bebetul sesuai dgn taste.pastu, dah download, mcm2 hal.tajuk hilang, bahasa yg tak pernah dipelajari, dsb.bukak google, key in je 'blogger template'.tu dia.tak terkira banyaknya pilihan.tak sanggup aku nak tatap semuanya.dah dpt 1 lawa, ade yg lagi lawa.sudahnya, ambik template yg sedia ada je.aku memang memilih pun.

ni aku taip kat dlm ruang new post dlm blogspot punya ruangan ni. so lepas titik dia tak pun automatically besarkan huruf for the next sentence tu.

semalam aku terbaca dlm akhbar kosmo.tentang fakta budaya blogging di malaysia.malaysia adalah antara negara yg memnpunyai ramai blogger2.anggaran adalah kira2 500,000 blogger berdaftar di malaysia.blog dr mahathir merupakan antara blog yg angka pelawatnya mencecah 3 angka setiap hari.begitu juga blog yasmin ahmad, pengarahnya filem mukhsin dan banyak lagi.banyak lagi fakta2 menarik tentang blog.tapi dah ke mana entah surat khabar yg aku bace ptg smlm tu. nanti kalau aku jumpa kat tempat bakar sampah luar tu, mungkin aku akan letak lagi fakta dr akhbar tersebut.susah2 sgt, search je kat dunia virtual ni.

mcm 'mengapa', 1st post aku akan berceloteh2 pasal blog.mungkin post kedua pun akan menerima nasib yg sama kot.

ilalliqa'.