13 June 2009

telco II

(sambungan post di bawah).


maunya tak marah. saya dahlah sebenarnya tak nak gunakan line, nanti proses pembayaran bil jadi sgt complicated dan tension. bagi sayalah.


nak dijadikan cerita, gadis promoter tersebut sebenarnya ada ckp,


dlm sim kad ni ada kredit rm50 free utk abg cuba selama sebulan bla bla bla.


saya pun dah tanya beberapa kali, betul ke free ni? sbb bodohlah kalau saya ambik no tu sedangkan ada hidden charges. of courselah dari mula lagi saya tak berminat.


saya pun dah pening. trial exam utk A Level dah dekat. saya mahu fikir pasal tu nanti.


tangguh lagi sebulan.


selepas sebulan.


saya sedang menduduki exam A Level pulak.


ayah saya pula hantar sms, memaklumkan bil celcom tertunggak sebanyak rm13.95.


kebengangan saya dtg balik.


bayangkan. anda tak pakai walau sesen pun even utk sms sekali pun, call jauh sekali, bahkan tak nak pun pakai bil sebenarnya, tapi tak pasal2 bil sampai ke rumah.


masa adik saya sms dulu, rm13.50. maknanya pembayaran bil sudah saya delaykan selama sebulan, kerana mahukan tumpuan pada A Level. hasilnya? bunga pun naik, itu yg jadi rm13.95 tu.


banganglah!


dlm hati saya sumpah2 Celcom, dek kerana promoter hari tu yg memberikan maklumat yg salah. sume free. walhal saya dah tanya lebih dari sekali, utk memastikan tiada pembayaran2 atau tunggakan2 macam ni. tak sukalah berhutang :)


saya mengeluh bila ayah saya call pulak bertanyakan mengenai hal itu.


1111


celcom careline. saya dail dari no celcom upax saya, sebab talian itu tanpa charge. kau cakaplah panjang mana pun.


err..hello. saya Muhammad Nur Iman dari bla bla bla... saya nak tanya sikit lah pasal status akaun celcom saya, yg saya pakai sekarang ni, prepaid ke postpaid?


lebih kurang mcm tu la dialog saya.


err. sebentar ye encik.


lagu diputarkan. lalalala~


err En Nur Iman ya, no yg encik pakai ni no prepaid encik.


tak ingat sangatlah. tapi saya bertanyakan pasal kewujudan no 017 saya dlm line celcom, dan operator tersebut menafikannya, dan mengatakan akaun itu dah pun deactivated beberapa bulan lepas. ok. fine.


boleh saya tau, sepanjang jangka hayat no line celcom tersebut, ada call ataupun sms track tak?


err. sebentar ye En Iman.


lagu diputarkan sekali lagi. lalalala~


ye En Iman. takde.


tapi kenapa ada bil sampai kat rumah saya ni?


ok. saya start tinggikan sedikit suara menandakan penegasan. hehe.


(beberapa perbualan berlalu)


Oh utk pengetahuan En Iman, itu adelah charge setem, charge GPRS, charge bla bla bla so semua sekali rm13.95.


saya lawan lagi.


macam ni...saya dapat no ni dari seorang promoter, katanya everything is free. yg saya tak puas hati ni, kenapa ada bil sampai kat rumah? sedangkan saya tak pakai langsung pun kan.


oh itu mungkin kesilapan promoter kami. saya mintak maaf banyak2 utk kes itu. boleh saya tau kat mana kejadian tu?


ok. saya sebutkan nama stesen bas tersebut sambil menceritakan serba sedikit mengenai kisah hari itu.


tentang promoter tu, kalau Encik tau nama dia, mungkin lagi senanglah kami nak ambil tindakan. tapi kami mungkin akan ambik tindakan pada syarikat branch berkenaan.


habis saya ni mcm mana?


dlm hati saya dah mengharap sgt perkataan 'tak payah bayar' keluar dari mulut operator tersebut. haha.


mcm ni la En Nur Iman, utk sekarang, En bayar je dulu bil tu, nanti kalau saya buat laporan, dan kalau dapat, duit En akan kami kembalikan.


macam mana nak bayar bla bla bla bla.


call berakhir. 30 minit+.


maklumlah. mana pernah saya pakai bil. nak bayar kat mana dan prosedurnya pun manalah nak tau. better saya tanya je semua benda, hatta soalan kalau kat Tjg Malim, kedai apa yg dekat boleh bayar? pun saya tanyakan.


ini prinsip saya. everything should be made clear right from the beginning. cewah. tapi ayah saya selalu tekankan bab ni. ada sekali tu, saya dan ayah naik kereta, utk pulang ke kolej. ada seorang kawan mahu tumpang, dia tunggu di kedai ini, depan sana sikit.


ayah saya marah.


kedai macam mana, kedai nama ape, kat depan die ade kedai ape ke bla bla bla. tanya lah.


saya diam. turut aje.


bagus jugak. kalau tak mungkin saya dah diperbodohkan oleh ejen2 promoter syarikat telekomunikasi lagi dgn tawaran2 ape2 entah


saya sedikit reda mendengarkan ayat tersebut.


saya sedang berada di kolej. nak keluar susah pulak semata2 utk bayar bil. nak bayar online tak boleh. saya hantar sms pada kakak saya, mintak dia bayarkan dulu.


hasilnya, mangkuk yg saya terima.


laa..mangkuk betul la ko ni patutla bil ko asyik sampai kat rumah je. ha tengokla nanti org balik Ipoh. org kat KL ni.


sms dari kakak saya. saya balas


ape plak. org celcom tu la mangkuk bla bla bla bla


saya ngomelkan dlm sms. nasib baik sms aje. kalau call, atau ckp face to face dgn dia, pasti sudah saya maki hamun sekalian klien2 celcom yg terlibat.


selang beberapa hari lepas tu.


nombor yg tak dikenali menelefon saya. missed call. saya call balik.


hello, ni En Nur Iman ya?


err. ye saya.


nama saya Zura, baru2 ni En Nur Iman ada komplen kat celcom ke?


ok. saya dah mula memikirkan mcm2 seraya menceritakan kisah hari itu di stesen bas.


dipendekkan cerita. Zura tersebut cuba mengexplainkan keadaan yg sebenar, tentang charge sebenarnya yg patut dibayar, sebenarnya tak free la, apa la bla bla bla, sambil cuba memujuk saya supaya tak buat report pada celcom. ini antara dialog2nya.


ala En Iman, jgnla komplen kat celcom. nanti syarikat branch kami kat sini kena saman pulak, kena tutup, Zura takde kerja. En Iman nak ke Zura tak dpt kerja?


hello. apa aku kisah kau kerja ke tak. bukan nak ceritakan pulak disadvantages of unemployment pulak mcm dalam Economics, tapi nak buat macam mana. promoter kau yg salah bg maklumat, dan aku cuma mangsa. sepatutnyalah aku buat laporan. lagipun, laporan pada celcom yg saya call haritu dah pun dibuat. buat ape nak pujuk jgn report kat celcom lagi?


pujuk si Zura lagi.


ala En Iman, kita settle ni kita keluar makan ok? saya belanja.


saya tepuk dahi. barangkali dia berkata begitu setelah dapat tahu saya berumur 20 thn, dan Zura itu mungkin sebaya atau beza setahun 2 dgn saya je. ajakan itu sebenarnya diulang beberapa kali bila saya still tak mengalah.


OK, SAYA SETUJU YG TU!!!


cewah. sorila saya nak bagi jawapan mcm tu.


tak, saya cuma mcm tak puas hati selagi saya kena bayar bil tu.


rm13.95. banyak ke? banyak la. sbb saya tak gunakan walau sesen pun. lainlah kalau saya ada guna sampai rm10 ke, 11, 12, 13 ke.


pujukan ketiga.


jgn la marah Zura, Zura ni kerani je. promoter tu Zura kenal, Farah nama dia. tapi tak rapat pun dgn dia.


sudah. tak larat dgn pujuk rayu kau. yg aku nak gantirugi. takat keluar makan, kenyang, kat dining hall kat KYUEM ni pun dah cukup enak bagi saya.


saya tertunggu2 jugak kalau ayat ni yg si Zura itu nyatakan.


ala, rm13.95 je, bayar je la Encik Iman. takkan itu pun berkira..


pasti saya akan balas.


habis, rm13.95 tu bukan duit ke? hello. 1 sen pun duit jugak tau. boleh hantar 1 sms.


tapi takde.


perbualan telefon itu diakhiri dgn pertanyaan dari Zura berapa jumlah tunggakan tersebut. saya tak ingat. perlu refer pada sms yg ayah saya pernah hantar beberapa hari lepas.


2 minit lepas tu, dia call semula. saya nyatakan jumlahnya.


ok la En Nur Iman. bil tu nanti bos saya akan bayarkan.


betul ni?


betul.


bila boleh bayar?


hari ni pun boleh.


ok. nanti dah bayarkan, inform saya ok.



YES!!!





.

telco


lagi mengenai syarikat telekomunikasi di Malaysia.


kalau dulu saya komplen pasal syarikat Maxis, hingga membuatkan saya bertukar ke no U.O.X dgn berjayanya, tanpa dapat disekat oleh mana2 agen maxis pun.

saya tak tukar pun. cuma sekarang menggunakan 2 nombor. tujuannya, malas nak bagitau sume org dlm phonebook tu tentang penukaran nombor baru. tambah2 kawan2 lama. entah hidup lagi tak nombor diorang. buat penat je anta sms pemberitahuan.



kali ini Celcom.


suatu hari, saya pergi ke stesen bas terkenal di Ipoh, Medan Gopeng, utk membeli tiket bas utk pulang dari bercuti, ke kolej semula. kawan saya ada pesan suruh belikan utk die sekali. ok. maka, apa2 keputusan perlu dibincangkan. saya sms dia sambil duduk di kerusi2 menunggu yg disediakan. suasana memang riuh walaupun org tak ramai mana.


tiba tiba.


Err..bang. abg ada masa sikit tak? saya - (entah apa nama dia entah) - dari celcom branch Pasir Putih, err.. nak tanya sikit. abg sekarang pakai no ape?


maxis dgn celcom upax.


err..mcm ni abg, celcom ada buat promosi pelan baru ni, pelan rm50 dan rm200..... bla bla bla...


tapi saya dah ada dah no celcom dan maxis. lagipun yg ni bil kan. saya tak pakai pun sampai rm50 dlm masa sebulan...


takpe bang. ini utk rm50 bulan pertama ni pek percubaan, kami bg free. takde charge ape2. abg ambik ni, nanti boleh cuba dlm sebulan.


and then lepas sebulan?


lepas sebulan, kalau abg nak terus pakai, abg pakai, kalau tak nak abg boleh buang lah.


ok. dipendekkan cerita. offer punya offer, bla bla bla pot pet pot pet, saya setuju. wah. duit free (menurut promoter tersebut) org bagi. sape taknak.


ok abg, ni borang kami, mintak no IC abg?


proses pendaftaran bermula. saya isikan borang dgn maklumat2 diri termasuk no telefon kedua2 maxis dan celcom yg baru dibeli.


ok. abg kejap ya. mintak IC boleh? saya nak pegi photostat kejap.


ni photostat ni nak kena byr ke?


arr...tak payah. tak payah bayar ape2.


saya pegang segala dokumen2 gadis promoter tersebut sambil dia menghilang pegi photostat IC saya. dlm hati, cuak jugak. sesenang bagi IC kat org. tak nak buat lagi lepas ni.


selang 4,5 minit, gadis tadi kembali.


ok bang. dah siap register semua, ini sim kad ni abg ambik, nanti dlm 48 jam dia akan activate ok?


saya setuju je. selamat IC saya. fuh.



ini dipanggil number portability. baru saya tau. kekalkan no yg sama, tapi rupanya line celcom. cthnya, 017 *******, tapi, bila hantar sms, chargenya mcm charge ke telco lain.


dlm 2 hari, no maxis saya ditukar ke line celcom tersebut. line ya. bukan prepaid.


saya terkejut. sangka saya, no celcom saya yg akan ditukar ke line tersebut dari prepaid.


alamak. mcm mana ni. beberapa jam kemudian, seorang rakan menghantar sms ke no 017 saya. sudah. maknanya, dia dicaj 15 sen, instead of 1 sen (activ10). saya tak balas sms tersebut. sebab disebabkan terkejut dgn penukaran no maxis saya ke line celcom, bukan prepaid saya bercadang tak mahu menggunakan walau 1 sen pun line baru itu. nanti saya call celcom, mengadu hal ini, tentang mahu kembali ke no asal maxis, dan tentang kesilapan promoter tadi, memberikan maklumat yg salah. saya jadi takut. nanti tak pasal2 nak kena bayar bil. saya pakai prepaid sekarang pun dah cukup selesa, sbb penggunaan yg berapa sgt dlm sebulan.


saya reply sms kawan itu dgn no celcom prepaid.


proses penukaran semula ke maxis berjaya beberapa hari lepas tu. no maxis saya dikekalkan, tapi ditukar dari celcom line (yg dioffer oleh promoter tersebut). hasilnya, no fresh maxis. hilang segala rekod2 sebelum ni, padahal dah hampir 8 thn nombor tersebut digunakan. aduh. diresetkan balik.


ok. mission accomplished. no activ10 saya pun perlu diactivatekan semula.


saya pun pulang ke kolej dgn happy nya.





beberapa minggu kemudian.


saya dapat sms dari adik saya di rumah.



weh, ko punye nombo celcom tu prepaid ke line?



prepaid la, upax. nape plak?


ni apesal ade bil dari celcom ni, nama ko...




sape tak marah???



.

04 June 2009

aduh

hari ni tamatnya paper ketiga saya dari kesemua 6 paper A Level.


paper ini membuatkan saya tertidur di bilik sebaik saja pulang ke kediaman kerana terlalu tension walaupun MCQ je.


persediaan saya : buat past papers sebanyak2nya. dari tahun 2003 sampailah 2008 dan setiap tahun tu ada 2 sesi, may/june dan oct/nov. maknanya, saya dah menghabiskan 12 paper kesemuanya.


alhamdulillah. soalannya agak ringan bagi saya. kalau ada salah tu, mungkin tersalah baca, atau buat dlm ngantuk2, overlook information, atau tersalah tekan kalkulator sekali sekala.


sebaliknya yg berlaku.


paper hari ni sgt lah membuatkan saya bermasam muka berkerut dahi sampai ke saat saya menulis ayat ini, bahkan mungkin berlarutan sehingga keesokan hari.



3 dari beberapa perkara yg saya tak gemar tentang paper yg kurang hasam ni :



1. soalan dan jawapan yg diberi bersangatanlah panjang berjela2 dgn segala mak nenek dirapukan sekali utk mencukupkan 3 baris ayat.

macam kau nak cakap pasal a company purchases a business, and find the goodwill that arises during the purchase.

kalau mcm dlm exam tadi : a business had been experiencing a falling profit for several years due to increasing interest rates. therefore, a company had agreed to purchase the business so that they can bla..bla..bla..bla..bla.. during the purchase, mamat ni entah apa masalah dia, ada overdraft bank la, hapa la, bla..bla..bla............

and then pilihan2 jawapan yg diberi pulak kesemuanya memerlukan penelitian setiap perkataan dgn sgt jitu dan tepat. yelah, real exam kan. itu 1 hal. hal lain, setiap soalan disertakan 4 pilihan jawapan. setiap pilihan tu pulak, jawapannya on average mampu memenuhkan 1 baris dari kiri ke kanan kertas A4.

seolah2 nak berjalan dari kediaman lelaki di KYUEM ni, ke surau. tapi utk ke surau, anda perlu melalui cafe, menaiki tangga, pergi lalu di taman Greenthumb, naik acad block, pergi IT Lab jumpa Mr Ravi kejap, singgah di toilet membetulkan tali pinggang dan rambut sedikit, berjumpa dgn cikgu anda yg anda baru ponteng kelasnya tadi di tgh jalan, kemudian singgah ke Admin berjumpa abg Midun tanya khabar bla bla bla bla bla bla bla baru sampai ke surau.


2. kalau sebelum ni katakan nak ada soalan pasal combination of investments that will maximise the revenue. ya, kali ini ada juga. saya sedikit seronok. tapi, kalau dulu, anda hanya perlu mengconsider katakan 1 atau 2 investment je. kali ni, anda perlu consider sampai 3 atau 4 investment. pulak tu, katakan dulu, diberi investment 1, investment 2, investment 3. kali ni, investment V, investment W, investment X dan sebagainya. sambil menjawab soalan saya membaca sedikit di mulut, sudah. beberapa kali tersasul tertukar V dgn W, V dgn X, bla bla bla...


ok. cukup. tak ramai yg ambik Accounting. saya tau. maka tak ramai nak minat kalau saya terus menerus membincangkan segala Accounting terms ini. tak payah cerita yg ketiga pulak.


kesimpulannya, paper hari ni amatlah kurang hasam <-- ini perkataan paling sopan saya boleh gunakan dlm blog peribadi ini.



.

31 May 2009

cakap depan2 tu!


ini cerita seorang kawan saya di kolej yg aman damai ini.



beliau terkenal dgn telatah yg melucukan. gemar melawak. sering bergurau. kadang2 lawaknya sgt menghiburkan.


haha. saya tertawa sebentar mengenangkan beliau yg tak lama lagi akan berpisah. sob. sedih.


tibe2 sedih.



mari dgr sedikit cerita pengubat sedih anda yg masing2 akan meninggalkan kolej midst Malaysia verdant upland ini.


hari itu. seperti biasa, saya pergi ke kelas. Maths. ok. by sekarang, kelas Maths saya sudahpun sampai ke penghujungnya dgn rasminya, setelah menamatkan 2 paper A2 Maths, Mechanics dan Pure Maths, yg saya mempunyai interval selama 2 minggu antara 2 nya.

teori saya.


dekat2 nak exam.

dekat2 nak habis kelas.

dekat2 nak tinggalkan kolej.



pelajar2 makin menjauhi kelas.




Cikgu M mempunyai 3 kelas Maths senior, kelas saya, kelas kawan saya, dan kelas kawan2 saya yg lainnya.

jumlah pelajarnya mmg ramai. tapi kelas saya mmg ceria. bak kata org, havoc. cewah. cikgunya pula penyayang. saya suka kelas Maths saya. :)


dekat2 nak exam, pelajar2 sudah ramai yg kelas masing2 ditamatkan. tapi tidak utk Maths. maka dgn itu, Cikgu M pun mensarankanlah pada semua pelajar2nya dlm 3 kelas tersebut, utk hadir saja bila kelas beliau, which means, regardless kelas mana pun. campur2 saja semua. kelas saya saja berbelas2, emm. lebih 15 org rasanya. 2 kelas lagi tak kurang juga ramainya.


bayangkan. kelas saya saja yg lebih kurang 15 org itu pun sudah crowded. inikan pula dicampur dgn bukan 2, tapi 3 kelas sekaligus.


tapi Cikgu M membuat pengumuman tersebut bukan bersahaja. beliau kenal akan students beliau.



hari itu, sesampainya saya ke kelas, bilangan pelajar ketika itu kurang dari bilangan jari pada tangan kanan @ kiri @ kaki kanan @ kiri saya sahaja, 5 (lima).


teori saya terbukti.


ok. cukup. ini cerita sebenar yg ingin dibawakan. sumpah saya dah melalut ke cerita lain.


rakan saya itu saya initialkan beliau dgn A.



saya pun tak tahu apa masalah beliau.


tapi setiap kali ingin memanggil, menyebut nama Cikgu M, pasti nama Puan H yg terkeluar dari mulut beliau. Puan H juga adalah salah seorang cikgu yg pernah mengajar A, tapi dulu, sekarang tak lagi.



sumpah saya katakan,


muka Puan H dan Cikgu M is totally different. in fact, Cikgu M memakai spek mata, yg baru ditukar.

anda sendiri lihat, M dan H. nak sebut pun menggunakan bukaan mulut yg berbeza. bunyinya pun jauh berbeza. kalau dlm soalan MCQ, ada pilihan M dan H, saya pasti org takkan menggunakan bantuan contoh perkataan utk membezakan 2 abjad tersebut.

Cikgu M dan Puan J ya, ada sedikit similarity, seperti kawan saya pernah katakan, Puan J seakan2 Cikgu M yg dia pernah confuse ni Cikgu M ke Puan J ni? lagipun kedua2 mereka memakai spek mata. tapi, Puan J tak mengajar A. tapi, tak pernah pulak nama Puan J yg terkeluar jika A tersasul.

Cikgu M dan Puan H kedua2 mereka department yg berbeza. mmg tiada kaitan pun (bagi saya) antara keduanya. mcm seseorang boleh tak menyukai subjek yg diajar Puan H, tapi sgt menyukai subjek yg diajar Cikgu M. kan totally different tu kan? contohnya, kau tersasul memanggil cikgu di department Literature and English dgn cikgu di department Physics atau Chemistry.

Tempat Cikgu M dan Puan H pun bukan di bilik dalam pintu yg sama. bahkan, kalau dari desk Cikgu M, mahu berjumpa Puan H di tempat beliau di department beliau, perlu melalui 4 atau pintu atau lebih, setelah anda berjalan kira2 seminit atau lebih, dan melalui 3 tempat yg berbeza suhunya (setiap department dipasang air conditioner). itu pun jika anda mahu strightaway. kalau tak, lagi banyak pintu2 dan berminit2lah masa yg diambil antara 2 deparment tersebut. malah, anda mungkin perlu menggunakan tangga, turun dan naik semula.

House. Cikgu M dan Puan H bukanlah dlm 1 house yg sama. bahkan, none of them pun yg 1 house dgn A, utk A kelirukan. utk pengetahuan, student2 dan cikgu2 di sini dibahagikan mengikut 4 house yg berlainan.

ah. banyak lagi utk saya nukilkan <--betul ke penggunaan ini? ini pun sudah cukup buktinya utk saya simpulkan yg Cikgu M dan Puan H memang banyak beza antara keduanya.



sudah banyak kali. kalau nak kata masa awal2 dulu tersasul nama tak mengapa jugalah.


Cikgu M sudah naik muak bila A seakan meminta maaf dek memanggil beliau dgn nama org lain.


note : ada 2 beliau. pandai2lah bezakan ye.


kadang2, bukan. selalu juga. bahkan, dekat2 nak exam ni, bila mahu bertanyakan soalan yg tak difahami, pasti nama Puan H yg terkeluar dari mulut beliau.


cth 1 : Cikgu M sedang mengajar Maths di depan. A di belakang kurang mengerti. lalu diangkatnya tangan.


Err..Puan H, macam mana pulak kalau macam ni macam ni...[saya tak ingat dialognya secara exact]?

Cikgu M, lahh... sambut yg lain membetulkan nama yg dipanggilnya itu.


anda bayangkan kalau anda ialah Cikgu M. anda nak jawab ke soalan tu?


nasib baiklah Cikgu M seorang yg penyayang, dianggapnya itu sebagai 1 lawak sampingan, sebagai penceria kelas. Cikgu M buat2 marah dan buat2 merajuk. pengajarannya terhenti.


kerap kali.


kerap kali terjadi sebegitu.


bila mahu memanggil Cikgu M, nama Puan H yg terkeluar. anehnya, bila memanggil Puan H, tak pula nama Cikgu M yg terkeluar.


cth 2 : A dtg lambat ke kelas pagi. lambat 15-20 minit. dgn muka baru bangun tidur dan rambut yg separuh basah kerana baru mandi, A tersengih2 ketika membuka pintu utk masuk ke kelas, sambil Cikgu M memandang beliau, bukan. 1 kelas memandang beliau.


1 kelas memandang beliau yg tersengih2 di depan, di pintu kelas. saya ulang. semua.


Minta maaf Puan H, tadi saya .....


habis bising 1 kelas membetulkan panggilan itu lagi. masing2 tepuk dahi sambil marah ala2 bergurau (tahu bukan macam mana caranya?).


sekali lagi saya bertanya, kalau andalah Cikgu M, apa tindakan anda? nasib baiklah Cikgu M seorang yg penyayang. anaknya pun sudah 7 org. comel2 lote semuanya.


bayangkan. nak minta maaf dtg kelas lewat 15 - 20 minit, tapi menyebut nama org lain. aduih.


Puan H kelas dia bukan kat sini, kat LT2 (Lecture Theatre 2) tu! balas Cikgu M.


Cikgu M dlm post ini saya tukar panggilannya kepada 'Cikgu'. sebenarnya kami sekelas memanggil beliau dgn gelaran 'Puan' di depan, bukan 'Cikgu'. tapi saya tukar sebab nak memudahkan utk membezakan Cikgu M dan Puan H.


di saat2 akhir beberapa hari sebelum last class utk Maths. senior2 bakal berjuang menjawab soalan Pure Maths paper 3 yg sgt ditakuti ramai. masing2 trauma akan insiden tahun lepas, yg menyebabkan sebilangan besar pelajar menitiskan air mata teresak2 sebaik direleasekan dari Great Hall, tmpt mengambil exam.

sejak itu bila sebut P3, masing2 seakan kecut perut. anda tak bukan? saya tahu anda hebat.


ah. asyik taip Puan, Cikgu, Puan, Cikgu. lama kelamaan, perkataan itu seakan aneh di pandangan mata saya.


hari itu.


sebenarnya ini ialah sambungan dari part di ataaas sekali, di paragraph yg ada 'hari itu' di permulaannya itu.


dengan bilangan pelajar yg hanya lebih kurang bilangan jari tangan kanan saya saja itu, still, ada pelajar yg masih terdetik utk dtg ke kelas. seperti si A.


kali ni beliau dtg lambat lagi. namun Cikgu (Puan) M sudah bagaikan tak kisah. saya katakan, kan beliau penyayang. hehe.


setibanya A di pintu kelas, mcm biasa sambil tersengih, dia menuju ke meja tempat Puan M berada, meja cikgu yg biasa seperti dlm kelas biasa, di hadapan.


Puan M bagaikan sudah dapat menjangka.


Ha, itu nak panggil Puan H lagi la tu!
pantas Puan M memotong sebelum A sempat mengeluarkan perkataan dari mulutnya.


Eh, takdelah Puan. hehe. sori saya lambat..bla bla bla...


pelajar2 lain yg sudah berada di tempat duduk masing2 mula mengungkit2 cerita A yg selalu tersasul memanggil nama org lain utk org lain, backing Puan M. kelas mula riuh dgn kedatangan beliau, tambah lagi bila kisah2 kesasulan itu diungkit semula. apela A la, dah akhir semester, itu la, ini la, semua dihamburkan pada A. Puan M diam saja.


A tersengih2 lagi. duduk di sisi sebelah kanan meja Puan M. betul2 di kanan Puan M. right at her right. dekat.





Ala, sorila, Puan H, saya tersasul dulu tu....






awas KPM students, anda mungkin akan mengalami pengalaman yg sama kelak! hehe. saya harap tidak.



.

24 May 2009

tengok tu


hari ni rasa nak update lagi. haish.

dahulu rasanya sudah bertekad. tak mahu update lagi. exam dah dekat.


baik.

lebih 2 minggu saya tak bukak blog.

lebih 2 minggu saya tak baca blog org.

update blog?jauh sekali.



sekarang?



pagi itu. habis kelas yg pertama, blok 1, Accounting. minta pada cikgu utk sesi bergambar kenangan bersama. hehe.


semua nama2 mentioned dlm post ni saya letakkan inital je. dgn tujuan dirahsiakan, walaupun mesti ada org akan boleh teka dgn tepat dan cepat.



ah. sudah terlewat utk ke Maths, blok 2. hari ni ade test p3 pulak. langkah dipercepat.

sampai2 ke kelas, masih huha huha. menandakan test belum bermula secara rasminya.


1 jam 45 minit.


arghhh....nak memerah otak utk 10 soalan.


tension.


beberapa soalan tak dapat dijawab.



geram.


test tadi bermula pada pukul 9.05 pagi. maknanya akan tamat pada jam 10.50 pagi.

walhal, 10.45 ialah waktu utk blok 4 pulak, Economics, yg bertempat ni New Block, atau glamour dgn panggilan LBBS --> Lembah Beringin Business School. anehnya, ada cikgu English (IELTS) yg membuat kelas di situ. di kelas Econs saya pulak tu. sudahnya, kami pulak yg tak berkelas. bila tanya, ada kelas ke tak, jawab, takde meaning, tiada bilik utk diadakan kelas, bukannya kelas dibatalkan dsb.


test tamat pada jam 10.40 pagi. ah. biarkanlah. test ala2 exercise je.


test tamat awal disebabkan ada sesi bergambar utk kelas Maths pulak. kerusi sudah siap disusun.


huha huha huha


habis bergambar, terus ambil beg. saya sudah lambat ke kelas Econs. langkah dipercepat. tak mahulah lambat sebegini.



sampai2 di New Block, baru saya teringat.



di mana agaknya kelas saya? (di mana, bukannya kelas ade ke tak)


aduh. saya keseorangan di. org lain semua sudah masuk ke kelas. classmate Econs pun sorang pun saya tak nampak batang hidung mereka ketika itu. koridor sudah lengang tanpa org yg berjalan2 mundar mandir. macam mana ni?



talian hayat 1 : call a friend.
talian hayat 2 : go to RC and ask friends.
talian hayat 3 : A (cari kelas kat mana sebenarnya) atau B (pulang ke chalet).



talian hayat 1.
call classmate.


tujuan : bertanyakan di mana kelas sedang diadakan kerana rasa macam dah lambat je time tu. dalam kepala sudah terbayang, ah, nanti masuk kelas semua pandang2 pulak, lambat.


call 1 :

Hello, S, ada Econs tak ni?

emmm...

Hello? ade kelas tak ni?

Emm..takde kot.

(sambil tertawa) weh, ko kat mane ni?

........atas katil.


dah agak dah.

saya lihat jam. 10.52 pagi.


kurang hasam.


saya teringat seorang lagi classmate yg bagi saya boleh katakan agak jarang ponteng kelas Econs tak bersebab, denoted by 'S' juga, tapi bukan S yg di atas.


call 2 :

doo..doo..doo..saya tekan phone, cari nombor S.


tuut.


tuut.



tuuut.


setelah beberapa kali tuut, panggilan tak diangkat,


cis.


last. kali ni pasti berjawab dan persoalan saya ada kelas ke tak pasti terjawab, saya cuba reach N.


call 3 :

sebaik tekan butang hijau (call), bateri terus mati. arghhhh..... kosong. ada 1 lagi handphone spare, tapi tiada kredit.


kurang asam lagi sekali.


ahhh. macam mana ni? sudah runsing.



talian hayat 2.

dgn rasa bersalah sbb memonteng kelas dgn sengaja, saya ke RC. huhu.



dlm hati, Maapkan aku Puan Z. huhu.

dlm masa yg sama


alah, ko bukan salu ponteng kelas. sekali sekala takpela.
alamak, ramai je yg ponteng Econs, mcm dah tak heran je dah kalau ada org ponteng.


tak guna. itu hasutan belaka.



di RC, rasa tak senang. cuba cari classmate lain, kot2 mereka ada di situ.


ada, si S (bukan S pertama, bukan S kedua). lega sedikit.


saya pun buat apa yg patut. discuss soalan p3 tadi sedikit, cek emel kejap.


saya tanyakan pada K, pelajar Puan Z juga, tapi blok lain.


K, ada Econs tak?

mane aku tau, kau. aku belum lagi, blok 6 lepas ni kot.

takdela, aku pegi tadi, tapi kelas kat mana pun aku tak tau.

kat tingkat atas takde?


saya terdiam. alamak. bertambah balik kegusaran dek memonteng kelas. sudah jam 11.05 pagi. ah, nak ke kelas semula, lambat dah ni. alang2 lambat, tak yah pegi jela.


saya dihasut sekali lagi.



talian hayat 3.
balik chalet.


harapnya ada jawapan utk persoalan saya.


ah. susah hatinya rasa kalau memonteng kelas sebegini.


sesampainya saya di pintu chalet, saya lihat di tangga, ada selipar si S (yg kedua, yg saya call tapi tak diangkat).


tak guna kau S. aku susah2 tunggu, susah2 call kau sampai mampus bateri handphone aku, kau senang lenangnya lepak kat chalet aku sambil memonteng Econs.



kasut ditanggalkan. bukak pintu, masuk ke dalam chalet.




ini jawapan yg saya terima.


si S kedua sedang berkain pelekat, tidur mengerekot macam udang dibakar dgn sedapnya di lantai yg sejuk beralaskan toto sambil memeluk bantal 2, 3 bijik.


si N baru bangun tidur beberapa minit lepas tu saya dapat tahu.




seolah2 macam hari cuti je.



hampeh!!




.

22 May 2009

nak gelak ke marah ni?

suatu malam.

abang saya yg baru dapat lesen memandu memandu kereta pulang ke rumah. saya tak ingat dari mana. saya hanya dlm kereta, tanpa pengetahuan memandu lagi pada masa itu.



perhatian 1 : ini bukan cerita seram.
perhatian 2 : perhatikan baris2 dialog dlm post ini yg menyusul.
perhatian 3 : serius, ini bukan cerita bohong. anda percaya atau tidak, saya mengalaminya. anda jgn ingat takde org sebegini dlm dunia ini.



masa itu saya darjah berapa entah. tak ingat.

kisah ini telah ditokok tambah. tapi, jalan cerita, tema, dan sebagainya masih sama.



di sebatang jalan sebelum memasuki simpang utk ke laluan ke lorong utk ke jalan utk ke rumah saya, ada sebuah gerai menjual burger.



saya teringat kisah silam dahulu purbakala ini ketika saya membuka pintu chalet, dan kelihatan seorang chaletmate saya yg setiap kali order burger Abg Hafiz dibuat, pasti dia akan mengorder burger ayam special dan kalau ke cafe pula, teh O ais limau pasti menjadi pilihannya, sedang tekun study di meja di common room di chalet p20. bila terlihat dia spontan saya cakap,


nak order burger tak?


dia bersetuju.

saya pun bersetuju.

pot pet pot pet kejap, burger pun diorder.


lantas kisah ini terlintas di kepala saya ketika itu.



lampu tepi jalan agak suram. kereta pula abg saya pandu dgn perlahan.

dialog yg sama dikeluarkan bila melintas di tepi gerai burger tepi jalan tersebut.


nak order burger tak?


tapi ada tambahan dialog dari abg saya.


org belanja.


dalam keluarga, kami membahasakan diri kami sebagai orang. cth : "Ni orang punya!". cth dialog yg kedengaran semasa adik2 saya berebutkan sesuatu. makanan biasanya.


emm.. boleh gak.


saya membalas.


err..bang. bagi burger daging 2.


hanya emm saja yg dibalas. tiada respon lebih.


macam biasalah, ada daging, ayam, daging + telur, ayam + telur.



tunggu.


tunggu.



tunggu.



err..dik nak burger ape tadi?


respon biasa dari gerai2 mahupun restoran2. yg membuatkan org sakit hati.


daging 2 bang.


telur?


err... daging jela bang.


bau daging burger yg dimasak di atas kuali leper mmg best. tambah2 pulak mlm2 macam time tu.



....



agak lama menunggu.


saya sudah semakin kebosanan menunggu dlm kereta. sudah agak larut malam. abg saya pun hanya menunggu saja dlm kereta.



akhirnya..


berapa bang?


RM 1.80


wah. saya dgr ketika itu, murah jugak harga burger daging 2, RM1.80 je.


bla..bla..bla..proses pembayaran disempurnakan dgn sah dan halalnya. maka ketika itu saya sedikit excited, tak sabar nak menjamah burger panas tersebut. fuh. terliur.


ah. saya tak reti la nak mengexaggerate2 ayat ni. tak macam dlm blog Sapphire.


beberapa meter sebelum sampai di halaman rumah, abg saya menghentikan kereta. utk makan burger tersebut. barangkali, sudah masak dgn perangai adik2 saya yg suka berebutkan sesuatu, tambah2 lagi makanan. apalagi burger.


eh. panasnya burger ni.


kata abg saya sebaik enjin dimatikan dan bungkusan burger tadi dikeluarkan.



eh, keciknye bungkusan burger ni?

kata saya pula.



dgn perasaan sedikit tak sabar, bungkusan pun dibuka.





terkeluarlah





2 ketul daging burger SAHAJA siap dimasak sedia utk dimakan panas2.

patutlah murah!

?????





.

17 May 2009

tak boleh tahann...

mak oih. bersangatan sudah lamanya saya kurang dapat memberi perhatian terhadap blog. rindu pulak rasanya nak mengupdate blog. ini pun kira di celah2 kesibukan membuat persediaan menghadapi exam.

post di blog yg satu lagi pun saya buat seringkas mungkin. ah. lagipun, update time2 ni, siapa mahu baca. semua dok sibuk nak exam.




musim exam.


ramai yg study bagai nak gila.


1. ada yg sanggup tak tidur malam --> study.


2. ada yg tak nampak batang hidung dah kat luar, peram je dalam bilik --> study.


3. ada yg tak datang kelas langsung dah. mahukan privasi sendiri --> study.


atau, dlm kata mudahnya, study leave.


4. ada yg macam takde ape spesel yg terjadi. biasa saja. hari2 buat rutin harian biasa.


5. dsb.

macam2.


saya pernah bukak facebook suatu hari tu. ada seorang hamba Allah I ni, tulis pada status die. lebih kurang macam ni bunyinya.



i've found new sleeping pills, Econs essays!



saya rasa sedikit kelakar. emm. agak kelakar juga. tapi, ada kebenarannya di sebaliknya barangkali.


saya agak tertarik juga dgn kesanggupan yg pertama utk study seperti yg dinyatakan di atas. tak tidur malam.


hebat. hebat betul orgnya.


saya pernah cuba. tapi mampu bertahan sampai jam 3.30 pagi saja. lepas tu, baring saja di katil, pejam mata, buka mata semula, lihat jam, sudah pukul 6 pagi.


itu pun saya mampu tahan kerana sudah tidur jam 10 malam sehingga 12 lebih.


surrender. mengaku kalah. terpaksa terima hakikat, masing2 ada kebolehan sendiri. ada cara sendiri, dan sebagainya. yg mampu tahan tak tidur malam, biarkanlah mereka. saya tak larat nak tiru mereka.


namun begitu, suatu malam, saya didatangi keinginan utk menelaah Econs.




pernah dengar minuman nescafe?


katanya, hebat. mampu menghilangkan rasa mengantuk. ini mungkin bagus utk sesiapa yg ingin mencuba utk tak tidur malam kerana mahu study.


testimoni pertama.


"kau tau tak, aku order air nescafe dari cafe mlm tu kan, pukul 6 esok paginya baru aku boleh tido. jenuh bergolek2 atas katil. tak mengantuk langsung."


lebih kurang mcm tu lah katanya.



testimoni kedua.


saya jumpa seorang rakan yg sudah lama saya tak nampaknya di kelas. sedangkan, kalau keenam2 kelas saya (Accounting, Maths, Physics, Econs, General Studies dan IELTS) masih berjalan, 4 dari kelas2 tersebut saya akan nampak muka dia. maknanya, dia classmate saya utk keempat2 subjek tersebut. saya sapa dia.



Weh, ko gi mane bro pagi tadi? takde kat kelas pun?


Oh, pagi tadi. study ah wei. ko tau, aku study dari malam tadi lagi tau. tak tido.


pergh, gile ah kau. tahan ke?


tahan ah. aku buat air nescafe. ngantuk je aku buat. minum. ngantuk lagi buat lagi. ngantuk lagi buat lagi. ni pun, baru pukul 10 tadi aku tido sampai pukul 11.



fuh. saya mmg kagum dgnnya. 1, kagum dgn kesanggupan dia utk tak tido. 2, saya kagum sbb saya tak mampu buat mcm die.


berbalik pada kisah saya ingin menelaah Econs pada suatu malam.


ah. ada nescafe di common room. siapa punya entah. saya tanyakan pada chaletmate, kata mereka, ambil saja.


masak air.


tunggu.


siap. tuangkan dlm cawan. opps. saya pernah terbaca tips.

kalau ingin menuang air panas ke dalam cawan kaca, tuangkan pada sudu yg diletakkan dlm cawan tersebut. nanti cawan pecah pulak.

baik. saya ikut.


paket nescafe saya koyakkan. 1 saja.


tuang. kacau air.


masih berasap. panas lagi utk diminum. tak mengapa. biarkan dulu di atas meja.


sementara itu, saya buat benda2 lain dulu, sebelum mula study.


kemas bilik.

bukak tingkap biar angin masuk.

salin pakaian.

kemas meja.

main2 dgn hamster kejap.

dsb.





berbekalkan air nescafe panas, dlm jam 9.50 macam tu, penelaahan Econs pun dimulakan.



sambil baca, sambil minum. Econs. tau sajalah. perlukan pembacaan yg sgt banyak.



baca punya baca.


secawan nescafe panas pun tak lama tahannya. kejap saja dah habis. dlm 20 minit je.





saya rasa saya agree dgn status Hamba Allah I dlm facebooknya.





saya tidur malam tu pukul 11.30.


di mana, pukul 10.30 saya dah mula rasa mengantuk!







p/s : wahai blog, saya arahkan kamu berpuasa sebulan. penulis kamu mahu tumpu pada exam! :)



.

02 May 2009

Go! Go! Go!

exam.


exam.



study.




study.




....




1st paper.
Mechanics.
Monday.
18 May 2009.
time : 1400.


2nd paper.
P3.
Friday.
29 May 2009.
time : 1500.


3rd paper.
Accounting paper 3.
Thursday.
4 June 2009.
time : 1430.


4th paper.
Economics paper 4.
Wednesday.
10 June 2009.
time : 1400.


5th paper.
Accounting paper 4.
Friday.
12 June 2009.
time : 0830


6th paper.
Economics paper 3.
Friday.
time : 0900.


The End.



See?


betapa kejam dan anehnya penyusunan timetable kitorang utk A Level?

duration utk Accounting p4 ialah 2 jam.
duration utk Economics p3 ialah 1 jam.


clash.



apekah???


beberapa pelajar lain turut menerima nasib yg sama tapi tak serupa dan hampir sama, confirm tak serupa.



nasib yg sama tapi tak serupa.

subjek clash lagi. sama bukan?
ini yg tak serupanya.


clash dgn paper yg lebih tough (bg saya).

Further Mathematics dan History. hari yg sama, waktu yg sama.


takde otak ke org yg susun jadual ni?


geram.


nasib yg hampir sama, confirm tak serupa.


hari ni ada paper Further Maths pukul 2 (yg clash dgn History tadi tu).


esoknya pagi, jam 8.30, ada lagi paper Physics P4.


sebelah petangnya pulak, ada paper Chemistry P4.


seorang rakan saya yg 'paling best'.

subjek yg diambilnya ialah Further Maths, Physics dan Chemistry.


kesemuanye gedebuk gedabak pada waktu yg sgt dekat.


gila. bagi sayalah. tapi saya tahu. anda hebat.


pun begitu, saya masih tak puas ati sampai sekarang penyusunan timetable tersebut. tapi apa boleh buat.



heee!



starting from now, saya ada 2 minggu utk study Mechanics.

saya juga mempunyai seminggu 3 hari lebih kurang, utk study P3.

di samping itu, saya punya 5 hari (appr.) sebelum menjawab Accounting Paper 3.

similarly, 5 hari diberikan pada saya utk membuat apa yg patut sebelum paper 4 Economics .

finally, saya punya sehari saja utkAccounting paper 4, DAN Economics paper 3.


bagi sesetengah org, mungkin kata mereka,

ala, paper 3 mcq, bulat2 je kan.

ya betul. saya setuju.


tapi.


cuak juga.





tolonglah.


makin dekat exam ni.


makin banyak pulak benda yg mula nak mengganggu fikiran.


itulah.

inilah.


makin tak keruan.


disebabkan tu, makin kurang mood nak study.


makin itu.

makin ini.


satu2 dtg nak mengacau.


patut makin dekat exam, emosi kena stabil contohnya.


tapi.


sebaliknya pula.


kebelakangan ni byk pulak yg mengganggu emosi.


kalian yg membaca post ni, doakan kejayaan saya dlm A Level.


bak kata Udien dlm blognya, senang saja.


baca bersama2 ya.




Ya Allah, berikanlah kejayaan straight As kepada Muhammad Nur Iman Mohammad Fadzil (Iman saja cukup) dan semua rakan2nya dlm peperiksaan A Level mereka.




oh Allah.



...




smile!

:)


.